Mahkamah Akhirat



MAHKAMAH AKHIRAT


Sering diperingatkan bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Tidak ada ketenangan dan kebahagaiaan dalam melakukan dosa. Jika adapun hanya sementara, kemudian rasa gelisah itu akan datang lagi dengan lebih menggigit. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusiapun sudah cukup meresahkan, apatah lagi berdosa kepada Allah.
 
Orang yang berdosa ialah orang yang bersalah. Orang bersalah perlu diadili di mahkamah. Mahkamah pengadilan yang biasa adalah mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia. Acap kali dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia diperdaya. Justeru sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Lalu, masyhurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mahkamah akhirat nanti, hakimnya adalah Allah Yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pula pasti kalah. Akan ketara segalanya walau sepandai mana sekalipun bersilat kata. Saksi dan bukti sangat autentik dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Apa yang ada pada diri akan hidup untuk menjadi saksi dan pendakwa. Kulit, tangan dan kaki dan segala anggota akan menjadi saksi.

 Persidangan paling adil adalah di akhirat. Disitulah kita bakal mengetahui akan nasib kita samaada syurga ataupun neraka. Tempat tinggal kita yang kekal buat selamanya

1 ulasan:

  1. your blog is awesome dude...setiap yg anda post really terkesan pd pembaca..keep it up

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai