Ucapan Mustafa Kemal Ataturk Laknatullah





Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz .. entri kali ini saya just ingin kongsikan petikan ucapan pemimpin sekular turki Mustafa Kemal Ataturk . sebelum ini dalam 5 bulan yang lepas saya pernah kongsikan entri mengenai siapa Mustafa Kemal Ataturk ini , latar belakang si laknatullah ini , pembaharuan-pembaharuan beliau yang jelas cuba mengubah hukum Allah dan azab yang dihadapi beliau ketika di saat akhir hidup beliau . Bagi  anda yang belum mengetahui sedetails nya mengenai si laknatullah ini anda boleh membacanya disini



Berbalik kepada entri kali ini , pada 20 Mei 1923, Mustaffa Kamal Attaturk laknatullah telah memberi ucapan di hadapan ribuan tentera Turki dan kumpulan kaum-kaum sekular, munafiqin dan musyrikin, yang digerakkan oleh kaum freemason di bawah naungan Persepakatan Yahudi Dunia (Zionis) di hadapan Ayasofia juga disebut Hagia Sofia ( untuk membaca mengenai sejarah Hagia Sofia klik sini  )


 Dengan penuh  angkuh , samseng dan murtad Kamal Attaturk berkata:

“Wahai bangsa Turki mari kita ke depan melepaskan bunyi tembakan dan peluru kemenangan dan meruntuhkan dan memusnahkan segala kejahatan dan kezaliman Khalifah serta penipuan dan pembohongan yang diperlakukan oleh kumpulan manusia iblis yang menyamar sebagai ulamak, cerdik pandai, cendekiawan, dan penerus ajaran Muhammad dan kita lihat bagaimana ajaran ini yang dipanggil oleh mereka sebagai Islam adalah ajaran yang dipenuhi dengan tipu helah, tipu daya dengan melaungkan slogan-slogan yang entah dari mana bukti kesahihannya hanya semata-mata untuk membohongi kita agar kita takut kepada neraka dan kita semua terpedaya dengan janji syurga yang mungkin tidak pernah wujud.

Namun kenapa kaum yang menyamar di sebalik janggut dan jubah, bacaan dalam bahasa Arab yang kita tidak fahami sepenuhnya, berkumpul di masjid menghabiskan masa, dan kemudian keluar menipu sedangkan mereka merampas harta dan hidup bermewah".

"Wahai kaum Turki, nah! Kami akan membawa kamu ke jalan baru di mana kita akan bebas dari koleksi kaum penipu ini dan sesungguhnya merekalah yang sekian lama berbuat jahat dan khianat, berbohong dan berdusta yang akan masuk neraka dan kita yang berkumpul hari ini untuk berjuang membinasakan mereka akan menuju ke syurga dan sudah pastinya syurga itu ada dalam ciptaan kita.”


(Terjemahan dari teks ucapan Kemal Attaturk yang disalin dalam bahasa Russia oleh Peter Ivanov, The Last Day of Islam Khalifa (terjemahan), Uzbekistan Library).

2 ulasan:

  1. Salam kenal saya blogger dari Jakarta.
    Saya sudah follow blog anda yanh bagus di Google Friend Connect (No: 2556).
    Silakan follow balik.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai