iklan baris

Gerhana Bulan Penuh Malam Ini 10 Disember 2011

Gerhana bulan penuh esok



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Mungkin ramai dah tahu, bahawa gerhana bulan penuh bakal berlaku malam ni iaitu 10 Disember 2011. Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, Semalam sy menonton Al-Kuliyyah, so saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan ini yang saya dapat dari Majlis Al-Falak Jakim.

Hadith yang sangat terkenal dan menjadi rujukan meluas mengenai gerhana bulan dan matahari adalah dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)."

(HR Bukhari Muslim)


Info Gerhana Bulan Penuh

gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang. Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi.

Gerhana bulan penuh 10 Disember 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 19:35 malam seterusnya bayang umbra pada jam 20:47 malam. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 54 minit.


Menurut laman web falak-online yg saya petik infonya , fenomena sama sebelum ini berlaku pada bulan Jun tahun lalu. Bagaimanapun, gerhana yang akan berlaku, dijangka tidak seperti tahun lepas yang mana ia berlaku pada lewat tengah malam sehingga matahari terbit keesokan paginya.

"Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai," laman web itu dipetik.

Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.



Apabila berlakunya Gerhana Bulan Penuh atau Gerhana Matahari, umat Islam di galakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari ataupun Solat Khusuf. Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai. Cara-cara melakukan Solat Khusuf adalah seperti berikut:

Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat menjadi makmum kerana Allah”

Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah.

Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa.

Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.

Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.


Bagi yang ada ruang masa datanglah ke Masjid Negara malam  untuk  ikuti program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kushuf).


Untuk maklumat lanjut info  layari www.falak-online.net


p/s : sumber info ini saya ambil dari : falak-online.net , sinarharian.com.my , dan utusan malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai