Etika Pemakaian Cincin Dalam Islam




Nasihat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad, berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari berikut:

Jari manis
2 Jari kelingking (anak jari)

Jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk.Nabi Muhammad s.a.w. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.. Petua ini adalah untuk lelaki dan perempuan .


Khilaf (perselisihan) pandangan ulama kedudukan jari yang memakai cincin berdasarkan kepada hadith2 Nabi :saw, dan tidak diketahui pula menyerupai kaum Nabi tertentu. Disebabkan khilaf, maka kedudukan tangan kiri atau kanan memakainya tidaklah menjadi masalah


Fatwa cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fekah Kuwait :

Tempat cincin :

Ulama' tidak berselisih faham mengenai memakai cincin kepada perempuan; kerana mereka dari segi aspek ini hak perhiasannya, kepadanya (wanita) mereka boleh meletakkan dijari tangan atau atau dijari kaki , dimana mereka mahukan. Tetapi ulama' berselisih faham tempat letaknya cincin kaum lelaki, ada beberapa sarjana mazhab tidak mendapat persetujuan mengenainya :

beberapa pengikut mazhab Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan. Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga sarjana (ulama') menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri; kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah saw dan berkata beberapa mereka itu : Sesungguhnya di tangan kanan dari kalangan manusia tidaklah menandakan apa-apa; kerana pentafsiran kanan dari Rasulullah saw membatalkannya.

Imam Malik r.a. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arabi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}. Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memuji pemakaian disebelah kiri. Berkata Imam Shafiee : Kepada lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

Berkata sebahagian : kiri adalah lebih afdal. Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya. Dari Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. {Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.

Kata Imam Hanbali : Memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan., Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya. Bahawa Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

Tamat lah maklumat ensaiklopedia fekah, dan sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin



sumber : pelbagai sumber rujukan sahih , dari bacaan buku , dan forum halaqah.net dan mymasjid.net .

2 ulasan:

  1. ermm xsemua thu tntg mazhab ni kan,, ha pada yg xtahu tue mcmana??

    BalasPadam
  2. erm tak semue org thu tntg mazhab ni kan, haa cmane kalau yg xtahu tue ?

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai