iklan baris

Kereta Pintar Yang Lebih Pintar Dari Pemandunya


Kereta Pintar Yang Lebih Pintar Dari Pemandunya

Memperkenalkan Nissan Pivo 3 EV, kereta konsep mini tiga tempat duduk yang sungguh pintar sehinggakan ia boleh dipanggil hanya dengan menggunakan smartphone. Ya smartphone bukan phone kokak yang tak smart.

Dengan menggunakan smartphone kereta pintar ini boleh bergerak dengan pemanduan sendiri dan bergerak ke pemandunya yang semakin malas. Hanya kereta Batman iaitu Batmobile saja yang boleh berbuat demikian. Itu pun dalam filem.

Bukan setakat itu, kepintaran kereta ini membolehkan ia mengenal pasti tempat parking kosong tanpa berpusing-pusing di kawasan parking. Teknologi yang digunakan ialah Automated Valet Parking (AVP). Kuasanya pula dijanakan dari bateri.

Setakat ini ia hanya kereta konsep dan dijangka berada di pasaran seawal-awalnya pada tahun 2017.


sumber : kosmo online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai