Kisah Umat Nabi Musa A.S Yang Beribadat Selama 350 Tahun






Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS,


Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?.

Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam”. 

Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya”

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi”.




sesungguhnya kita sebagai umat akhir zaman ii diberikan pelbagai kesitimewaan dan ganjaran dari setiap amal kita lakukan walaupun hanya sebesar zarah kebaikan  yang dilakukan , bayangkanlah umat nabi terdahulu yang beribadat sehingga 350 tahun semata-mata kerana Allah s.w.t belum terjamun syurganya . kita seharusnya bersyukur ,

dan dalam saya berkongsikan buat semua pembaca blog redzuan-ridz mengenai kisah ini, saya juga mengingatkan diri saya ini betapa sangat beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat nabi muhammad s.a.w dengan pelbagai ganjaran dan fadhilat yang diberikan Allah .swt diatas setiap  amal dan kebaikan yang kita lakukan sebagai bekal di alam sana . kongsikanlah entri ini buat tatapan yang lain . 



2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..

    tu yg beribadah selama 350 tahun..

    bgaimana kami2 ni sbgai remaja yg tak ingat nak beribadat langsung kan? bila dah tua baru nak ingat ;(

    BalasPadam
  2. Maaf tuan.. saya berpendapat.. ayat tersebut bermaksud.. kita tidak masuk syurga kerana amal ibadat kita.. tetapi sebaliknya.. kita masuk syurga kerana rahmat Allah. Kerana, selama-lamanya.. amal ibadat yang kita lakukan walau seberapa banyak, tidak akan sebanding dengan rahmat yang telah Allah berikan kepada kita. Maka untuk mendapat syurga Allah, perlulah kita menjadi hamba yang taat dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarangnya.. semoga Allah menerima amal ibadat kita dan memasukkan kita kedalam Syurganya.. Wallahua'lam... Jika salah pandangan saya ini..maka ianya adalah dari kelemahan saya sendiri.. Astarghfirullah..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai