Pokok Gharqad

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat.  Pada waktu itu tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan itu, orang-orang  Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri,  maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.  Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.




Mungkin ramai juga seperti saya  yang tertanya-tanya  tentang bagaimanakah rupa dan bentuk pokok  Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di bawah dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Apa  yang pasti, pokok Gharqad ini tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

Menurut maklumat yang diperolehi, orang- orang Yahudi sekarang  ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.  menunjukkan  bahawa -orang-orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi SAW,  tetapi disebabkan  keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Pokok Gharqad yang ditanam ditepi rumah

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan  sejak bila kaum Zionis-Israel menanami Tanah Palestin dengan pohon Gharqod. Tetapi menurut maklumat  website Jewish National Fund (www.jnf.org), dibahagian JNF Store (Tress for Israel Certificate), disebutkan bahwa di Tanah Palestin telah ditanami sebanyak 220 juta batang pohon Gharqod.


Apa yang uniknya, mereka  juga mengiklankan di dalam laman web tersebut bahwa siapa saja boleh membeli pohon Gharqod secara online dan kemudian menyumbangkannya ke Israel untuk ditanami di Tanah Palestin. Harga sebatang pohon tersebut sebesar US$18, dan barang siapa yang membeli tiga batang seharga US$36 akan mendapat satu batang percuma dan untuk waktu pengirimannya, pembeli boleh memilih antara yang paling cepat (US$30 perbatang, dijamin sampai di Tanah Palestin hanya dalam waktu 2 hari), cepat (US$15 perbatang dengan waktu 3 hari), dan regular (tidak disebutkan).

Jadi terpulanglah kepada kita semua untuk sama-sama memikirkannya. Seharusnya kita juga perlu mempersiapkan diri kita dan keluarga untuk menghadapi saat yang telah dijanjikan.