Muammar Gaddafi : Kebangkitan dan Kejatuhan Seorang Diktator


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya kongsikan dengan anda mengenai subjek  tokoh . Di entri terdahulu saya pernah kongsikan secara details tokoh seperti ibn khaldun , saidina hamzah , khalid al-walid , kemal attartuk dan banyak lagi.anda boleh membacanya di ruangan kategori . Untuk entri kali ini pula saya kongsikan dengan anda mengenai  Muammar Gaddafi . Tahukah anda Muamar Gaddafi telah memerintah Libya selama 42 tahun menjadikan beliau pemerintah diktator paling lama berkuasa di dunia .

Siapa menyangka seorang bayi yang dilahirkan di dalam sebuah kem puak Badwi di gurun Sirt, Libya pada 7 Jun 1942 akan membawa kepada kebangkitan pemimpin utama di negara rantau Afrika itu.



Keturunan


Siapa Muammar Gaddafi sebenarnya ? Muammar Muhammad al-Gaddafi atau kini lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi berasal daripada kaum Arab Berber dikenali sebagai Qadhadhfa yang tinggal di sekitar Oasis Hun.

Gaddafi mendakwa datuknya, Abdessalam Bouminyar turut serta menentang penjajahan Itali di Libya dan merupakan pejuang pertama yang mati syahid di Khoms ketika perang pada tahun 1911.


Pendidikan

Memulakan pendidikan di sekolah rendah agama Islam, beliau banyak terpengaruh dengan beberapa peristiwa besar di benua Arab terutamanya perjuangan penduduk Palestin menentang rejim Israel.

Gaddafi juga mengangkat Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir sekitar 1952 sebagai idola dan hero dalam menetapkan perjuangannya di Libya sehinggakan berani menyertai protes terhadap Krisis Suez menentang Israel ketika usianya baru belasan tahun.



Menghabiskan pendidikan menengah dengan tumpuan kepada pendidikan sejarah di bawah tutor peribadi di Misrata, Gaddafi seterusnya mula menceburi kerjaya sebagai anggota tentera yang membuka peluang untuknya melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi serta menyertai dunia politik.

Gaddafi memasuki akademi tentera Libya di Benghazi pada 1961 hingga 1966 dan menyertai Gerakan Pegawai Tentera Bebas demi memupuk perpaduan selepas kekalahan teruk negara-negara Arab kepada Israel pada 1967.


Perkahwinan dan Keluarga Gaddafi

Beliau berkahwin dua kali dan kekal dengan isteri keduanya, Safia Farkash, seorang jururawat yang menjaganya ketika mendapat rawatan apendiks pada 1969.



Dikurniakan lapan orang anak, tujuh daripadanya lelaki, beliau turut mengambil dua orang anak angkat perempuan tetapi seorang daripadanya, Hanna dilaporkan terbunuh ketika cubaan membunuhnya pada 1986.



 Penggerak Revolusi Libya

Gaddafi dikatakan memulakan perancangan menggulingkan takhta Raja Libya sejak di kolej tentera lagi dan akhirnya memimpin sekumpulan kecil pegawai muda tentera merampas kuasa pada 1 September 1969 ketika Raja Idris mendapatkan rawatan di Turki.



Peristiwa dikenali sebagai Revolusi Libya itu membawa kepada pengisytiharan negara itu sebagai sebuah republik dan Perlembagaannya dimansuhkan oleh Gaddafi yang mula memerintah ketika baru berumur 27 tahun.



Bermulanya Era Diktator

Tidak lama kemudian, Gaddafi membentuk sistem undang-undang baru mengikut ideologinya sendiri dan mengubah kalendar rasmi Libya daripada kalendar Kristian kepada kalendar Islam.

Beliau mengasingkan diri selama beberapa bulan selepas rampasan kuasa itu sebelum mengarahkan sekitar 20 peratus penduduk Libya berbangsa Itali dihalau bermula 1970.



Berikutan tentangan dalaman pada 1973, beliau membentuk Jawatankuasa Revolusi untuk memantau dan mengawal ketat rakyat negara tersebut termasuk sekatan dalam menyertai politik mahupun bercakap mengenai politik bersama warga asing.

Tahun 1973 turut menyaksikan Gaddafi menyampaikan ucapan menghapuskan semua undang-undang sedia ada dan pelaksanaan sistem perundangan Syariah pada hari sambutan Maulidur Rasul.

Puak penentang dijatuhkan hukuman mati secara umum dan rakaman hukuman kerap diulang tayang di televisyen sebagai peringatan kepada rakyat Libya yang lain sepanjang 1970-an.

Penghujung 1977 menyaksikan Gaddafi mengarahkan serangan roket ke Mesir sebagai tindak balas rancangan Presiden Anwar Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Perang sempadan selama empat hari itu dimenangi dengan mudah oleh Mesir yang berjaya membunuh lebih 400 tentera Libya dan memusnahkan sebahagian besar pasukan kenderaan berperisai Gaddafi.



Era 1980-an menyaksikan penentangan dalaman meningkat berikutan perang antara negara itu dengan jirannya, Chad sementara satu pemberontakan tentera Libya di Tobruk pada Ogos 1980 turut dihapuskan dengan kejam.

Beratus-ratus rakyat Libya turut terkorban ketika Gaddafi cuba menyelamatkan rakannya Idi Amin sehingga sanggup berperang dengan Tanzania.



Monopoli hasil minyak untuk kepentingan sendiri

Kekayaan sumber terutama bekalan minyak negara dan jumlah penduduk Libya yang kecil membolehkan Gaddafi membiayai banyak pergerakan lain di seluruh dunia daripada gerakan anti-nuklear hingga kesatuan sekerja di Australia.



Bagaimanapun, sebahagian besar hasil sumber minyak itu digunakannya untuk membeli senjata dan menaja pergerakan separa tentera dan pengganas di seluruh dunia, malahan sebagai ganjaran wang tunai untuk membunuh penentang dan individu yang mengkritiknya.

Cubaan membunuh pemimpin Libya itu pada 1986 melalui serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS), termasuk pada 1996 oleh Kumpulan Penentang Islamik Libya bersama risikan British gagal.



Kontroversi pengeboman pesawat dan Sekatan oleh PBB

Kerjasama Gaddafi pada 1999 dalam menyerahkan dua ejen risikannya yang dikaitkan dengan pengeboman Lockerbie melibatkan pesawat Pam Am penerbangan 103 akhirnya menamatkan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001.



Pada 2003, Libya secara rasmi memikul tanggungjawab terhadap pengeboman Lockerbie tersebut dan Gaddafi bersetuju membayar pampasan AS$2.7 bilion (RM8.04 bilion) kepada keluarga mangsa.

Pada 2010, Gaddafi turut mengumumkan akan membayar pampasan berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.42 bilion) kepada mangsa serangan pengganas Tentera Republikan Ireland (IRA) yang ditajanya sekitar 1980-an.

AS juga mengumumkan menyambung kembali hubungan diplomatik penuh dengan Libya pada 2006 selepas pengumuman Gaddafi menghapuskan program senjata pemusnah negaranya dan berhenti menyokong kumpulan pengganas.

Kejatuhan

Kepimpinan Gaddafi selama 42 tahun meletakkannya sebagai ketua negara bukan kerabat diraja keempat paling lama memerintah di dunia dan pemimpin Arab paling lama memerintah.

Malangnya, pemberontakan besar-besaran yang bermula pada Februari 2011 yang dibantu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semakin menekan keruntuhan kerajaan pimpinan Gaddafi.



Walaupun Britain dan AS menyatakan Libya sebagai sahabat dalam menentang keganasan dan senjata pemusnah, kedua-dua negara itu akhirnya memilih untuk menyokong kumpulan pemberontak menjatuhkan kerajaan Gaddafi.

Sebahagian tentera dan pasukan pertahanan yang dihantar Gaddafi pula dilaporkan berpaling tadah dan menolong pemberontakan menawan beberapa bandar strategik di Libya.

Malah, sebahagian besar ibu kota Tripoli juga dilaporkan jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri sementara nasib Gaddafi dan beberapa anaknya belum dapat dipastikan.

p/s : yang bermula pasti akan menempuh pengakhirannya . Namun yang membezakannya adalah 2 perkara ini samaada pengakhiran itu berakhir dengan gemilang atau berakhir dengan kesungkuran .

jika anda ada sebarang permintaan untuk topik tokoh , anda boleh cadang/ request tokoh di ruangan komen dibawah , dan insyallah saya akan kongsikan  entri mengenai tokoh yang anda ingin ketahui tersebut tentang sejarah, latar belakang tokoh tersebut

9 ulasan:

  1. Jawatan tertinggi ramai orang duk aim kalu berada disitu perpada2lah... jangan sampai orang tak sabar menunggu....

    BalasPadam
  2. satu lagi kejatuhan islam,malang sekali

    BalasPadam
  3. sedara ridz,
    boleh tak berkongsi tokoh-tokoh, peristiwa yang berlaku di era zaman gelap di Eropah.Berminat dengan sejarah Eropah yang dikatakan sgt2 hebat tuh

    BalasPadam
  4. @hylal piyat

    kalau dizaman gelap , tiada tokoh hebat eropah , coz pada zaman gelap (dark ages) msykt eropah tidak menghargai ilmu . tiada langsung pengembangan dalam ilmu pengetahuan , dan kerana itu ianya dipanggil dark ages . zaman kegelapan.


    dan dalam masa yg sama , pada zaman ini negara dikongkong dan berada dibawah pope dan kawalan gereja. pada zaman ni juga hnya trdpt 2 kelompok kelas utama iaitu golongan baron ( golongan tuan tanah ) dan golongan msykt kelas bawahan . sistem diamalkan zaman ini sistem feudal . walaupun wujudnya raja , tp raja spt hilang fungsinya kerana kuasa di tngan gereja . raja2 mndpat sokongan dan hasil pun dari golongan baron (tuan tanah) . raja memajakkan tanah kepada golongan baron , golongan baron pula mengerahkan msykt bwahan utk mngusahakan tanah. hasilnya diberikan sy terlupa berapa peratus akan dibrikan kpd raja.

    selepas munculnya gerakan renaissance (zaman kelahiran semula ) dimana msykt mula menghargai ilmu , barulah muncul tokoh-tokoh penggerak kpd renaissace yg ingin membebaskan negara dr kawalan gereja , kongkonggan sistem feudalisme. zaman inilah merupakan zaman kebangkitan msykt eropah yg akhirnya telah membawa mereka kpd penerokaan dan penjelajahan ke negara luar , antara tokoh terpenting yg mmbawa kpd kelahiharan semula msykt eropah /barat ni adalah francessco petrach( Bapa Humanisme) Niccolo Machiavelli( Pemikir Ketenteraan yang telah melahirkan sebuag karya agung didunia iaitu buku "The Prince " ), Martin Luther, Leornardo Da Vinci juga lahir pd zaman ni . and ada beberapa lagi tokoh hebat yg membawa kebangkitan semula eropah dr zaman gelap .


    actually sy ada ambil paper minor sejarah eropah moden and papaer sejarah pemikiran eropah kat U.M , so sy tau serba sedikit beberapa tokoh eropah dan sejarah eropah zaman klasik denganzaman eropah moden.

    apa pun terima kasih saudara hylal coz brmnat nak tau mngenai tokoh sejarah eropah . insyallah nanti saya akan kongsikan entri tokoh trsebut dgn rujukan buku sekali. tp mungkin lewat ckit la ye .

    BalasPadam
  5. bole buat n3 pasal Tun Mahathir, Osama Bin Laden dan Barack Obama..terima kasih

    BalasPadam
  6. @Anim Alis

    mengenai Osama bin Laden saya da publish 5 bulan lepas lagi di blog sy . boleh baca di link ni ==>

    http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/05/siapa-osama-bin-laden-latar-belakang.html

    mengenai tun mahathir dan barrack obama insyallah sy akan cari bahan rujukan bacaan n artikel mengenai tokoh ni n sy akan kongsikan nnti . anyway thanx ye :)

    BalasPadam
  7. Boleh tak kongsi tokoh Steve Jobs dan Bill Gates

    BalasPadam
  8. minta ulasan berkenaan sumbangan ibn sina tokoh gemilang islam

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai