iklan baris

Al-Battani : Ahli Falak Islam Terunggul

6 ulasan:
Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini saya kongsikan dengan anda subjek tokoh . sebelum ini saya pernah kongsikan entri mengenai ibn khaldun seorang ilmuwan dan cendekiawan islam tersohor dalam bidang sejarah dan sosiologi .  Tokoh yang saya kongsikan ialah seorang ilmuwan dan cendekiawan besar kerana sumbangannya  dalam sains terutama ilmu falak dan astronomi di dunia ini.






Seruan supaya manusia sentiasa berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu terkandung di dalam ajaran Islam. Sebab itu, apabila Islam bertapak di tanah Arab, ilmu pengetahuan, seperti falsafah, sains, astronomi dan seni turut mengalami perkembangan yang pesat. Kelahiran para cendekiawan Islam dalam bidang-bidang tersebut merupakan bukti yang kukuh bahawa Islam menggalakkan umatnya sentiasa mencari ilmu pengetahuan hatta sampai ke negara China sekalipun


Di zaman kegemilangan Islam, tamadun dan pusat ilmunya menjadi rujukan kepada para sarjana yang datang dari timur dan barat. Pada masa itu, barat masih berada di dalam zaman kegelapan. Pengetahuan sains, matematik, falsafah, perubatan dan sebagainya masih belum lagi berkembang luas. Berbanding dunia Islam yang telah berjaya menghasilkan sejumlah ahli sains yang cukup terkenal di dalam bidang masing-masing. Salah seorang daripada mereka ialah Al Battani atau lebih dikenali di barat sebagai Albategnieus


Beliau dilahirkan pada 230 Hijrah atau 854 Masihi. Nama asalnya ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al-Harrani al-Raqi. Al Battani merupakan gelaran yang diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di Battan



Al Battani lahir di Battan, Harran, Suriah pada sekitar 858 M. Keluarganya merupakan penganut sekte Sabbian yang melakukan ritual penyembahan terhadap bintang. Namun beliau tidak mengikuti jejak langkah nenek moyangnya, Beliau lebih memilih untuk memeluk Islam. Minat beliau  dengan benda-benda yang ada di langit membuat Al Battani kemudian tekun menuntut ilmu astronomi. Secara informal beliau mendapat pendidikan dari ayahnya yang juga seorang ilmuwan, Jabir Ibn San’an Al-Battani


Sumbangan terbesar beliau kepada dunia sains ialah dalam bidang falak di mana Al-Battani telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membina pusat kajian cakerawala di Rakyah. Beliau telah mengemukakan kaedah pengukuran bintang di cakerawala menggunakan garis lengkuk. Sebelum itu, para saintis Yunani telah memperkenalkan pengukuran bintang menggunakan tali. Pengukuran Al-Battani itu didapati lebih tepat dan praktikal kerana ia berdasarkan kepada teori tangen dan kotangen yang ditemuinya.

Namun begitu, barat tidak pernah memberi penghargaan kepada Al-Battani berhubung penemuan teorinya itu. Sebaliknya mereka menceduk dan "mencuri" teori Al-Battani serta mengubahsuai dan menukarnya kepada istilah Yunani ialah sine yang berasal daripada kata dasar "sinus". Dalam teorinya, Al-Battani telah membahagikan garis kotangen kepada 12 berdasarkan kepada formula seperti berikut:

Kos a
Kot a = ---- 12
Sin a

Kot "a" yang terdapat dalam formula itu merujuk kepada satu hari yang dibahagi 12. Kos "a" pula merupakan perjalanan matahari dalam sehari. Sin "a" pula adalah istilah bagi mewakili perjalanan malam yang sama waktunya dengan Kos "a" iaitu waktu siang. Berdasarkan kepada formula ini, sekiranya Kos a + Sin a hasilnya ialah 24 jam. Jikalau Kos a - Sin a maka hasilnya ialah 12 jam pada waktu siang dan malam.

Perhitungan yang digunakan oleh Al-Battani ini masih digunakan sehingga ke hari ini dan menjadi asas kepada penciptaan jam yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Teori yang dikemukakan oleh beliau ternyata mendahului zamannya dan merupakan satu penemuan yang cukup besar serta merubah perjalanan sejarah dan ilmu pengetahuan manusia. Bagaimanapun usaha Al-Battani itu tidak pernah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh saintis barat. Beliau bukan sahaja dinafikan hak ciptanya ke atas teori tersebut tetapi juga kaedah "algorism" atau "algorithm" yang dirintis oleh beliau.

Nasib yang serupa juga dihadapi oleh seorang ahli falak yang hidup sezaman dengan Al-Battani yang bernama Al-Habash pernah cuba membahagikannya kepada 60 bahagian sebagai asas kepada penghitungan 60 saat bagi satu minit dan 60 minit sebagai satu jam. Tetapi yang menjadi masalah ialah pembahagian 60 jam tidak sama dengan satu hari yang mengandungi 24 jam sahaja. Jadi, teori Habash dikatakan gagal dan sumbangannya di dalam bidang falak tidak lagi pernah disebut dan menjadi sebutan.

Walhal sumbangan dan jasa Al-Habash dan Al-Battani cukup banyak serta tidak terbatas kepada ilmu falak semata-mata. Al-Battani sesungguhnya merupakan seorang saintis Islam yang terulung dan tiada tolok bandingannya di dalam bidang matematik, geometri dan fizik. Dalam bukunya yang berjudul "al-Mijisti", beliau telah membetulkan beberapa kesilapan yang dibuat oleh Batlaimus, seorang saintis Yunani. Buku ini bukan sekadar menerangkan konsep dan kepentingan cakerawala tetapi juga menunjukkan cara-cara untuk mengukur perjalanan planet serta bintang.


Bukunya tentang astronomi yang paling terkenal adalah Kitab Al Zij. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dengan judul De Scienta Stellerum u De Numeris Stellerum et Motibus oleh Plato dari Tipoli. Terjemahan tertua dari karyanya itu masih ada lagi didunia dan disimpan di Vatican City. Terjemahan buku tersebut tak melulu dalam bahasa latin tetapi juga bahasa lainnya.

Terjemahan ini keluar pada 1116 sedangkan edisi cetaknya beredar pada 1537 dan pada 1645. Sementara terjemahan karya tersebut ke dalam bahasa Spanyol muncul pada abad ke-13. Pada masa selanjutnya baik terjemahan karya Al Battani dalam bahasa Latin mahupun Sepanyol tetap bertahan dan digunakan secara luas.

Tidak menghairankan apabila tulisannya, sangat memberikan pengaruh bagi perkembangan ilmu pengetahuan di Eropah hinggakan pada Zaman Pencerahan ( Enlightenment Era ) . Dalam Kitab Al-Fihrist, yang ditulis Ibn An-Nadim pada 988 ( kitab Al-Fihrist  ini merupakan bibliografi terbesar mengenai perkembangan dunia islam ).  Di dalam karya ini dinyatakan bahawa Al Battani merupakan ahli astronomi yang memberikan gambaran paling tepat mengenai bulan dan matahari.





Sumbangan beliau dalam bidang astronomi yang mendapatkan pengiktirafan didunia Barat adalah mengenai jangka masa  bumi mengelilingi matahari . Berdasarkan perhitungannya, beliau menyatakan bahwa bumi mengelilingi matahari dalam orbitn tersebut dalam waktu 365 hari, 5 jam, 46 menit, dan 24 detik. Perhitungannya mendekati dengan perhitungan terakhir yang dianggap sangat tepat .

Itulah hasil jerih payah beliau selama 42 tahun melakukan penelitian yang dimulai pada masa mudanya di Raqqa, Suriah. Beliau  menemukan bahawa garis bujur terjauh matahari mengalami peningkatan sebesar 16,47 darjah sejak perhitungan yang dilakukan oleh Ptolemy ( ahli falsafah dan astronomi masyhur yunani kuno ). Ini  sekaligus membawa penemuan yang penting mengenai gerak lengkung matahari.

Beliau juga berhasil menemui orbit bulan dan planet dan menetapkan teori baru untuk menentukan sebuah keadaan kemungkinan terlihatnya bulan baru. Ini berkaitan dengan penggantian dari sebuah bulan ke bulan lainnya.




Al Battani juga telah menemukan sejumlah persamaan trigonometri










Beliau menggunakan gagasan ilmuwan  al-Marwazi tentang tangen beliau mengembangkan  lagi persamaan-
persamaan untuk menghitung tangen, cotangen dan menyusun tabel perhitungan tangen. Informasi lain yang terkandung dalam Fihrist menyatakan bahawa Al Battani melakukan penelitian antara tahun 877 dan 918. Bukan sekadar itu, di dalamnya juga terkandung informasi mengenai akhir hidup  ilmuwan ini. Fihrist menyatakan bahwa Al Battani meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Raqqa ke Baghdad.


Walaupun peralatan pada zaman Al-Battani tidak semaju dan secanggih zaman ini tetapi beliau telah membuktikan kebenaran ajaran Islam bahawa akal merupakan sebaik-baik kurniaan Tuhan kepada mahklukNya. Melalui pemerhatian dan pengkajiannya terhadap bintang di langit akhirnya Al-Battani menemui beberapa teori yang ternyata amat berguna dan memberikan manfaat yang besar kepada umat manusia seluruhnya. 


Jadi adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Al-Battani lselayaknya digelar sebagai Bapa Ilmu Falak dan Astronomi Moden kerana sumbangannya dalam bidang ini telah merintis jalan kepada berbagai-bagai penemuan lain dan penerokaan untuk membongkarkan rahsia alam semesta.








Formula Pemakanan Genius-Genius Islam

6 ulasan:






Salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya kongsikan dengan anda mengenai  formula rahsia pemakanan genius dan ilmuwan islam terdahulu.  Pemakanan juga sebenarnya sangat mempengaruhi perkembangan minda dan intelek kita . Lihat sendiri bagaimana ilmuwan islam tersohor terdahulu disegani sehingga kini kerana penemuan dan sumbangan mereka kepada peradaban manusia dalam pelbagai cabang disiplin ilmu  dari perubatan, astronomi, matematiksosiologi , ilmu falak , dan banyak lagi Pemakanan mereka turut menyumbang kepada kejayaan mereka .

Formula pemakanan genius-genius Islam silam inilah yang telah menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. 

Berikut dibawah ini saya kongsikan info mengenai formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".  Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. 
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. 

CARA MAKAN 
:i )Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati 
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)  Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu (susu tepung). 
CARA MINUM  :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA atau di sebut juga CURCUMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS 
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU 

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) 
 Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan. 

 21) MINYAK SAPI 
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



 22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR 
Juga membantu meningkatkan akal dan memori









sumber di sunting dari halaqah.net.




baca juga entri saya terdahulu klik ==>  CARA MNGUATKAN DAYA INGATAN


Muhammad Marmaduke Pickthall : Dari Kristian Anglican ke Penterjemah Al-Quran Tersohor

2 ulasan:
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai subjek tokoh . Saya pasti ramai diantara kita tidak mengenali tokoh ini . Dari seorang kristian beliau  memeluk islam dan menjadi tokoh yang disegani kerana sumbangannya kepada tamadun islam di Eropah  dalam penterjemahan Al-Quran  ke Bahasa Inggeris  yang merupakan terjemahan paling tepat. . Beliaulah Muhammad Marmaduke Pickthall


Muhammad Marmaduke Pickthall atau nama asalnya sebelum islam ialah William Pickthall lahir pada 7 April 1875 dalam kalangan penganut Kristian Anglikan. Ayahnya, Charles Grayson Pickthall merupakan seorang pendeta Kristian dan berasal dari kelas menengah di Suffolk, England.

Ketika berusia lima tahun, ayahnya meninggal dunia. Tidak berapa lama kemudian, keluarganya membuat keputusan untuk menjual segala asset yang ada di Suffolk untuk berpindah ke London. Kesan daripada perpindahan tersebut,  Muhammad Marmauduke Pickthall mengalami masalah psikologi dan kurang dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di London.

Atas keinginan untuk mendapatkan pendidikan terbaik, ibunya Mary O’Brien telah mendaftarkan Muhammad Marmaduke ke sebuah sekolah swasta elit untuk lelaki di Harrow. Di situ Muhammad tidak merasakan sesuatu yang menarik kecualilah sedikit kegembiraan kerana dapat berkawan dengan Winston Churchill yang juga menuntut di situ dan mula menunjukkan minat dalam bidang bahasa.

Selepas tamat dari Harrow, beliau mula mempelajari beberapa bahasa antaranya Gaelik (bahasa Scotland) dan Welsh (bahasa keturunan Wales). Kesan dari itu menyebabkan salah seorang gurunya telah mendaftarkan William untuk mengikuti ujian pemilihan kemasukan ke jawatan pegawai di Jabatan Luar Negeri. Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam pemilihan tersebut.

Kegagalan pertama itu tidak mematahkan semangatnya untuk mempelajari lebih banyak bahasa. Beliau mula menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Arab dengan harapan akan memperoleh pekerjaan sebagai seorang kaunselor di Palestin.

Ketika usiaya hampir 18 tahun, William memulakan pelayarannya ke Port Said. Port Said merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak di kawasan timur laut Mesir. Perjalan awalnya ke Port Said itu telah membuka pengembaraannya ke beberapa buah negara Arab dan Turki. Lebih berkesan lagi ialah mendorong minatnya untuk mendalami Islam.Disebabkan William semakin fasih berbahasa Arab, khalifah dinasti Turki Uthmaniyah menawarkan beliau untuk mempelajari kebudayaa Timur.

Semasa meletusnya Perang Dunia I antara tahun 1914-1918, William menulis beberapa pucuk surat  kepada Khalifah Turki Uthmaniyah sebagai sokongan peribadinya. Tatkala propaganda yang menyebabkan meletusnya peperangan di Armenia pada tahun 1915, William dengan tegas menolak dakwaan bahawa kerajaan Turki Uthmaniyah menjadi punca pembunuhan rakyat Armenia.

Ketika itu juga pihak Kementerian Luar Negeri Britain mengadakan kempen bagi mendapat sokongan kaum imigran India di London agar bekerjasama bagi menyediakan bahan propaganda menentang Turki. William tetap dengan keputusannya dan mudah terpengaruh dengan kempen yang dilaksanakan oleh Britain. Beliau sedikitpun tidak berganjak denga sokongannya kepada pemerintahan Turki Uthmaniyah. Beliau tetap menyokong masyarakat Islam, dan ketika diajukan pertanyaan sama ada menyokong Jerman atau Turki, dengan tegas memberikan jawapan bahawa negaranya (Britain) tidak sepatutnya diberikan sokongan dalam persengkongkolan dengan Perancis untuk menentang Turki dan Jerman.

Pada tahun 1917, William memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Muhammad Marmaduke Pitchkhal. Sebelumnya, beliau menjadi seorang ahli panel dalam dalam perbincangan mengenai “Islam and Progress” di Muslim Literary Society, Nottinghill, London pada 29 November 1917.

Setelah memeluk Islam, Muhammada Marmaduke melibatkan diri dalam pertubuhan keagamaan dan giat melaksanakan kerja-kerja dakwah. Pada tahun 1919, aktif dalam Biro Maklumat Islam di London dan menjadi penyunting kepada media Islam, iaitu Muslim Outlook. Pada tahun 1920, menerbitkan novel sulong dengan judul Early Hours. Pada tahun itu juga ia mendapat tawaran untuk berkhidmat di India sebagai pengarang di harian Bombay Chronicle. Pada tahun 1927, berpindah ke penerbitan Islamic Culture (sebuah majalah yang diterbitkan setiap tiga bulan) di Hayderabad , India  sebagai editor utama.

Antara tahun 1925 hingga 1927, beliau menyampaikan beberapa ceramah di beberapa tempat di India dalam perspektif hubungan toleransi dalam Islam. Pada tahun 1925, Muhammad Marmaduke telah diundang oleh Jawatankuasa Umat Islam di Madras untuk menyampaikan syarahan umum mengenai Islam.

Pada tahun 1927, koleksi bahan syarahannya telah diterbitkan dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam yang mengkaji mengenai kedudukan toleransi dalam pelbagai agama. Penerbitan tersebut telah membuka ruang kepada bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih baik. Judul koleksi itu ialah The Cultural Side of Islam.

Pada tahun 1930, Muhammad Marmaduke berjaya menyelesaikan terjemahan al-Qur’an ke bahasa Inggeris dengan judul The Meaning of Glarious al-Qur’an. Terjemahan ini merupakan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris yang pertama dilihat menepati dengan maksud al-Qur’an dan menjadi rujukan terbaik sehingga kini.

Karen Armstrong, seorang ahli akademik dalam bidang perbandingan agama turut mengakui mengenai ketepatan terjemahan yang dibuat oleh Muhammad Marmaduke dan menjadikan terjemahan ini sebagai rujukan utama dalam penulisannya mengenai Islam.

Selain Karen Armstrong, Anne Schimmerel, seorang pengkaji karya-karya sufi klasik turut memberikan perhatian yang serius mengenai terjemahan al-Quran yang dibuat oleh Muhammad Marmaduke, malah beberapa orang pengkaji Islam pada masa ini menjadikannya sebagai rujukan asas yang paling tepat.
Pada tahun 1935, Muhammad Marmaduke Pickthall  kembali ke England. Pada tahun 1936 berpindah ke St Ives dan meninggal bandar itu pada 19 Mei 1936 dalam usia  itu pada tanggal 19 Mei 1936 ketika berusia 61 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Brookwood, Surrey, England pada 23 Mei 1936. Umat Islam British mengabadikan Muhammad Marmaduke Pitckhall sebagai: pejuang Islam dan pendakwah sejati.

Karya-karya beliau masih dikaji dan dibaca oleh sebahagian besar masyarakat Islam yang berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris malah terjemahan al-Quran yang diterbitkan pada tahun 1930 turut diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing, termasuk Mandarin, Indonesia dan Jepun. Sejak mula diterbitkan, ia dianggarkan sudah dicetak ulang lebih 50 kali dan kini masih menjadi bahan rujukan penting.
Terjemahan al-Quran tersebut telah mendapat  pengesahan Universiti al-Azhar dan disifatkan oleh Times Literary Supplement sebagai “a great literary achievement.” Selain menulis novel, beliau juga turut dikenali sebagai seorang penyair berbakat.

Dan pandangan peribadi saya dengan sumbangan beliau dalam penterjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Inggeris merupakan satu sumbangan besar kepada tamadun islam di Eropah , Begitulah riwayat seorang kristian Anglican , yang telah mendapat hidayah memeluk islam dan akhirnya telah memberi sumbangan besar dalam tamadun islam di eropah amnya dan di Britain khususnya  hasil dari teks terjemahan Al-Quran untuk rujukan komuniti islam diseluruh Eropah .




rujukan :

ummawassatan
A biography of Marmaduke William Pickthall
http://www.wokingmuslim.org/pers/pickthall/woking.htm
further reading rujuk buku ini : Obituary in The Times, 1936, m/s 18,

Ramalan Nostradamus Tentang Kemunculan Imam Mahdi

89 ulasan:
 Ramalan Nostradamus Tentang Kemunculan Imam Mahdi


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini merupakan kesinambungan entri terdahulu mengenai Nostradamus . Entri kali ini akan membongkar mengenai satu daripada ramalan Nostradamus mengenai kemunculan Imam Mahdi yang secara jelas sebenarnya  telah disebutkan dalam Hadis Nabi yang sahih.. dan ini jelas bahawa kemungkinan Nostradamus telah megkaji dan mengambil petikan dari riwayat hadis nabi mengenai peristiwa akhir zaman , dan kemudiannya mengakui bahawa ianya merupakan sebahagian dari ramalannya.


Sebelum Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.

Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.


Mereka sentiasa berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah. Firman Allah:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Agama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

(Al Baqarah: 120)


Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puak Kristian dari tangan umat Islam, pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.

Pemimpin mereka berpesan, “Jika kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan jika kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka.” Kini abad baru telah tiba.

Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 Masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua. Masalah ini bagi sebahagian umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang. Termasuk di kalangan ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat (Islam liberal).

Keyakinan umat Islam terhadap hadith berkaitan akhir zaman dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka (Yahudi dan Nasrani), telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah SWT itu.

Ini dapat kita lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam bererti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan.

Memang secara jelas disebut di dalam hadith tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada hadith yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum. Seringkali itu dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam. Mereka katakan itu ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini.

Umat Islam dikelabui dengan hadith, mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil kajian hadith sebagai ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.

Menurut beliau:

1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Di sini diuraikan tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadith, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi menipu umat Islam.



1. Akan muncul A New World Religion. Kemunculan satu kuasa baru dunia berlandaskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadith. Di antaranya: Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadits sepakat mengatakan hadits ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, yaitu 1420 Hijrah. Mengikuti tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama.

Maknanya kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadits yang lain, bersabda Rasulullah SAW:

“Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa Ar-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’- ur -Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.



2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadits disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:


a). Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)


b). Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak di atas salju. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)


3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Begitupula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.

 

Jika diperhatikan, faktor geografi Semenanjung Tanah Melayu hampir menepati ramalan itu


Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada ciri demikian dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu mencuba memadamkan kalimah Illahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam yang kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Oleh kerana itulah, wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu. Selain itu, mereka juga membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya iaitu di Filiphina dan Singapura.



Fillipina adalah pusat bagi operasi bagi kaum Nasrani (Amerika Syarikat) manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Yahudi Zionis ( Israel ). Dari kedua tempat itu mereka memantau seluruh Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia karena dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di rantau ini. Itulah bukti betapa kuatnya kepercayaan para Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

 

Namun, kerana permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar meraka pada umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat teliti menyimpan rahsia berkaitan niat asal mereka, sehingga tidak pernah diketahui oleh sesiapapun umat Islam di kawasan ini sejak dulu hingga hari ini.



4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.

Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia.


Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang telah ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab :


“Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”


Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :

 “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

 5. Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban). Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak bersorban seperti Rasulullah SAW. Walaupun sekarang ini, amalan sunnah seperti bersorban itu telah dijelek-jelekan oleh orang.

 Disebutkan tentang warna sorban, sebenarnya banyak hadits menyebut tentang sorban pemimpin ini, baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai sorban berwarna biru di dunia ini. Mungkin sorban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau seorang yang sanggup memakai sorban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqih, sudah tidak sanggup lagi meletakkan sorban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai sorban yang berwarna biru atau hijau.

 Berat juga pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian sorban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, sorban warna biru itu dipakainya ketika beliau pertama kali mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan ketika diberikan baiat oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan sorban biru oleh Nostradamus.

 6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini adalah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas Maghrib di masjid, di musholla atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah, beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam yang besar. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jum’at itu sebagai masa untuk membaca solawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jum’at itu sangat istimewa bagi dirinya.

 Dan memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Itulah maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari dan malam-malam lainnya.

 Tahun yang disebut iaitu tahun 2000 Masihi telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, ketika ini pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.

 

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju.(dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti) (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)”.

 

Sebelum Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama hindu-buddha dan menganut kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari timur tengah. Banyak ditemukan di beberapa negeri di Malaysia makam para wali-wali.

Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara. Apakah bukti  saya mengatakan tujuan mereka adalah mengkafirkan penduduka nusantara ?


buktinya berdasarkan misi 3G (Gold, Glory , Gospel ) Gold merujuk kepada untuk mengaut segala hasil bumi dan kekayaan Tanah Melayu dan Nusantara  dan dibawa pulang ke negara mereka, Glory merujuk kepada kemegahan mereka sebagai sebuah kuasa yang akan mentamadunkan masyarakat  rantau melayu yang mundur. manakala Gospel  pula merujuk kepada misi mereka untuk mengkristiankan dan mengkafirkan umat islam di rantau alam melayu. tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semula Islam menjadi bukan Islam.

Mengapa hal itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Rom, atau Persia yang waktu itu menjadi Empayar kekuasaan dunia. Jawabannya adalah kerana mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua.. Wallahualam .


 Baca juga entri  sebelumnya ==> Nostradamus dan Kebenaran Sebenar di Sebalik Ramalannya 

Nostradamus dan Kebenaran Sebenar Di Sebalik Ramalannya

5 ulasan:


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz. Entri kali ini, saya kongsikan  dengan anda mengenai subjek tokoh . Tokoh yang dikongsikan kali ini bukanlah tokoh islam tetapi tokoh Barat iaitu seorang tokoh yang sangat terkenal sebagai peramal masa depan. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Nostradamus. Beliau merupakan seorang pakar ramalan yang amat terkenal sehinggakan hampir kesemua ramalan beliau menjadi kenyataan. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya yang seharusnya kita percaya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang dikongsikan  disini sekadar berkongsi maklumat dan pendedahan sebenar mengenai ramalan Nostradamus.


Siapakah Nostradamus? Nama sebenar beliau ialah Michel de Notredame, lahir pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan  meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi daripada datuknya.

Beliau sangat dikenali dengan hasil karyanya iaitu Les Propheties, yang mengandungi satu rangkap empat baris tidak berima dan 941 yang berima, yang dikumpulkan menjadi sembilan set 100 buah dan satu set 42 buah yang dipanggil 'Centuries'. Karyanya inilah yang mencatatkan segala ramalan-ramalan beliau yang sangat terkenal yg menjadi kenyataan dalam bentuk quatrain iaitu sajak empat baris.



Zaman Kanak-Kanak dan Pendidikan

Tidak banyak yang diketahui tentang zaman kanak-kanak Nostradamus . Diketahui juga ketika berumur lima belas tahun, Nostradamus memasuki Universiti Avignon untuk mendapat sarjana (master). Lebih setahun kemudian, (apabila beliau telahpun mempelajari Trivium , tatabahasa, percakapan, dan logik, berbanding sukatan kemudian iaitu Quadrivium geometri, arithmetik, muzik dan astronomi/astrologi) beliau dipaksa meninggalkan Avignon apabila universiti ditutup akibat penularan Wabak Hitam. Pada 1529, selepas beberapa tahun menjadi penjual ubatan, beliau memasuki Montpellier untuk mempelajari bidang perubatan. Dia disingkirkan sekali lagi apabila diketahui yang dia telah menjadi seorang penjual ubat-ubatan yang mana satu perniagaan yang dilarang oleh undang-undang universiti.

Dokumen penyingkirannya (BIU Montpellier, Register S 2 folio 87) masih wujud di perpustakaan fakulti tersebut. Selepas penyingkirannya, Nostradamus kembali bekerja , kemungkinan sebagai penjual ubat-ubatan (walaupun sebahagian penerbit memanggilnya 'Doktor'), dan menjadi terkenal kerana penciptaan "pil ros" yang dipercayai mampu melindungi dari wabak.

Peramal

Selepas lawatan ke Itali, Nostradamus mula beralih minat dari perubatan kepada suatu yang diluar jangkauan manusia. Mengikut kebiasaan, beliau menulis sebuah almanak pada tahun 1550, yang untuk kali pertamanya me'Latin'kan namanya kepada 'Nostradamus'. Beliau sangat teruja dengan kejayaannya lalu memutuskan untuk menulis satu atau lebih lagi setiap tahun. Jika dikumpulkan semuanya, terdapat 6,338 ramalan dan tidak kurang juga sebelas kalendar tahunan yang bermula dengan 1 Januari (dan tidak seperti yang sepatutnya, kadangkala, Mac).

Apabila beliau memulakan projek beliau untuk menulis buku dengan seribu rangkap yang mana mempunyai karangan ramalan, kebanyakannya tidak bertarikh, yang menyebabkannya terkenal hingga kini. Oleh kerana risau diancam oleh kaum agama, beliau menggunakan kaedah untuk menentukan maknanya dengan "pengVirgilan" kosa kata, permainan kata dan percampuran bahasa seperti bahasa Provençal, Yunani Purba, Latin dan Itali. Oleh sebab teknikal yang berkaitan dengan penerbitannya dalam tiga bahagian, lima puluh lapan rangkap terakhir bagi Century atau buku 100 rangkap, tidak dapat diselamatkan dalam mana-mana edisi.

Karangan tersebut, diterbitkan sebagai buku yang bertajuk Les Propheties ('Ramalan'), telah mendapat pelbagai reaksi apabila diterbitkan. Sesetengahnya mengatakan yang Nostradamus adalah pesuruh Syaitan, palsu atau gila, manakala golongan atasan terfikirkan yang rangkap karangannya adalah ramalan yang melibatkan kerohanian. Catherine de Médicis, permaisuri Raja Henry II Perancis, merupakan salah seorang peminat Nostradamus. Selepas membaca almanac beliau pada 1555, yang mana tersembunyi ancaman tidak bernama ke atas keluarga diraja, baginda permaisuri menjemput beliau ke Paris untuk menerangkannya, dan menilik horoskop bagi anak-anak baginda. Pada ketika itu beliau takut akan dipancung tetapi pada waktu kematiannya pada 1566, Catherine telah pun melantiknya menjadi Kaunselor dan Tukang Rawat Raja.
 
Sesetengah biografi menyatakan yang kehidupan Nostradamus menunjukkan yang beliau takut dituduh menentang agama oleh Penyoal Siasat tetapi ramalan dan astrologi tidak termasuk dalam kategori tersebut, maka, beliau hanya diancam bahaya jika mengamalkan sihir untuk menyokong ramalannya. Malah, hubungannya dengan pihak gereja sebagai peramal dan penyembuh amat baik. Penahanan jangka pendek beliau di Marignane lewat 1561 hanya disebabkan beliau menerbitkan almanak 1262 tanpa keizinan biskop, yang bertentangan dengan dekri diraja.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-ayat yang agak membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata yang penuh misteri.

Mengikut datuknya, beliau turut menjadi doktor apabila sudah dewasa. Beliau banyak menggunakan ubat-ubatan dari alam semulajadi dan memperkenalkan kaedah selimut yang bersih dan udara segar untuk merawat pesakit. Ketika itu Eropah sedang di landa satu wabak sehinggakan zaman itu di panggil The Black Plague atau Le Charbon. Nostradamus ketika itu bijak merawat pesakit yang terkena wabak itu kerana di katakan beliau telah melihat kaedah rawatan masa depan yang canggih dan teratur melalui kemahiran melihat masa depannya. Sebagai contohnya, salah satu quatrain beliau di tulis seperti di bawah:


“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure. This is when the moon completes her great cycle,
but by other rumors he shall be dishonored.”
(The Centuries I, Quatrain 25)
 
Maksudnya:
“Barang yang hilang ditemukan, tersembunyi selama berabad-abad.
Pasteur akan disanjung tinggi seperti dewa.
Pada saat bulan melengkapi bulatannya yang besar, Tapi dengan desas desus lain, ia akan tidak dihormati.”

Dalam Quatrin diatas, beliau menyebut nama Pasteur (Louis Pasteur), 4 abad sebelum kelahiran ilmuan tersebut dan beliau juga turut menyebutkan tempoh waktu kejadian tersebut. Mengikut kajian astrologi, “bulatan besar bulan” terjadi dalam tempoh antara 1880 dan 2535. Louis Pasteur membuka institut terkenalnya di Paris pada tahun 1888. Penemuan Pasteur tentang penyakit berjangkit dari kuman dan bakteria telah mengubah masa depan bidang kedoktoran. Selain pasteurisation, beliau juga menemui kaedah vaksin. Namun, pengamal perubatan ketika itu banyak menentang penemuan Pasteur ini dan mencuba menggagalkannya dengan menyebarkan desas-desus atau khabar angin yang tidak baik seperti yang telah diramalkan oleh Nostradamus pada ayat terakhir Quatrinnya diatas.




Pada 1 Julai 1566 seorang pembantunya telah masuk ke dalam bilik Nostradamus untuk mengucapkan selamat malam dan Nostradamus hanya menjawab “Kamu tidak akan menjumpaiku lagi setelah matahari terbit esok”. Tepat seperti apa yang di ramalkannya, pagi itu beliau meninggal akibat penyakit gout yang amat teruk. Mayat Nostradamus dikuburkan dalam posisi berdiri, di dalam lubang pada dinding Gereja Cordeliers. Setelah lebih 1 abad mayatnya dikuburkan di Gereja Cordeliers, mayat beliau dipindahkan ke gereja St. Laurent atas faktor keselamatan. Ramai yang ingin mendapatkan mayatnya kerana di percayai kod atau kunci untuk memecahkan ramalannya tertanam sekali dengan mayatnya.

Semasa proses pemindahan, pekerja yang bertanggungjawab membuka peti mayat Nostradamus terperanjat besar apabila dia menjumpai rantai medal yang tertulis ‘1700′ di badan mayat itu. 1700 adalah tahun pada waktu itu iaitu 134 tahun selepas Nostradamus meninggal dunia. Kelihatan Nostradamus sendiri tahu bilakah mayatnya akan di pindahkan dan di meninggalkan medal yang bertulis ‘1700′ sebagai petunjuk. Walaupun sudah mati, Nostradamus tetap bermain dengan ramalannya.



Bagaimana Nostradamus mengetahui akan hal ini? benarkah beliau mampu meramal masa depan? atau beliau benar-benar seorang peramal yang hebat? hakikat sebenarnya beliau mendapat semua maklumat ini dari manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjermahkan dari manuskrip asal yang mana keseluruhan dari sumber ini adalah dari dunia Islam ! anda percaya atau tidak? mari kita halusi sejarah Islam. 

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W telah dibuktikan segala percakapan, perbuatan malah tindakan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkodkan oleh para sahabat baginda di sepanjang hayat baginda. Jadi jumlah hadis adalah terlampau banyak malah melampaui beratus ribu hadis. Nabi Muhammad S.A.W pernah membicarakan dengan sahabat hal peristiwa akhir zaman yang akan berlaku yang mana sekarang ini dikenali oleh kita sebagai hadith akhir zaman atau Hadis Fitan. Hadis ini kurang mendapt perhatian kecuali segelintir yang kita semua sedia maklum tentang hadis - hadis yang membicarakan tentang dajjal , turunnya Nabi Isa , Kemunculan Imam Mahdi padang masyar dan tanda-tanda kiamat. Kebanyakan hadis - hadis ini bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui didalam kitab ulamak terdahulu.

Tidak semua hadis nabi ini dicatatkan didalam enam kitab hadis yang utama iaitu Sunan Sittah seperti riwayat Bukhari, riwayat Muslim, Riwayat Ibnu Majah, Riwayat Nasaie . (info lanjut mengenai Sunan Sittah anda boleh rujuk di halaqah.net ) Masih ada hadis-hadis yang lain yang sebahagiannya adalah percakapan spontan nabi, bukannya didalam majlis rasmi mahupun khutbah baginda. Masalah terbesar hadis - hadis ini adalah kerana kesukaran untuk menentukan kesahihan hadis tersebut berikutan bercampur aduk dengan hadis palsu, hadis dhai'f atau lemah berbanding didalam  Sunan Sittah yang mana ulama memilih hadis yang terbaik mengikut disiplin ilmu hadis (dari segi riwayat, nasab dan dengan sanadnya sekali ) 
Tetapi masih ada lagi segelintir ulama seperti Ibnu Khatir, beliau adalah salah seorang sarjana Ialam yang terkenal, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Sekadar untuk pengetahuan, salah seorang sahabat nabi yang terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibn Yaman R.A iaitu penjaga rahsia Nabi Muhammad S.A.W. Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah juga adalah salah seorang sahabat nabi yang diakui ketinggian ilmunya Oleh para sahabat.


           Kembali kepada kisah entri ini, tembelang Nostradamus pecah juga apabila para pesakitnya pernah memberitahu bahawa ketika mengubati mereka, beliau mengucapkan perkataan aneh seakan-akan bahasa Arab dan ubat-ubatannya datangnya dari negara Arab. (Tidak di ketahui sama ada perkataan tersebut adalah berasal dari ayat-ayat suci Al-Quran). Ditemui juga satu manuskrip lama yang mengisahkan tentang pengakuan Nosstradamus berkaitan sejarah hidupnya, yang mana datuk dan ayahnya terlibat didalam mencuri dan melarikan sejumlah manuskrip berharga dari Baitulmaqdis, Baghdad, Mesir dan negara-negara arab lain dan selepas itu mereka berhijrah kePerancis. Perlu dingatkan bahawa Nostradamus dan keturunannya berasal dari Jerusalem dan berketurunan yahudi dan datuknya berkawan rapat dengan Orang arab disana. dan seterusnya rahsia yang sulit ini diajar kepada Nostradamus selaku waris mereka, kesemuanya didalam Bahasa Arab

apalah yang hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini jika semuanya berbalik kepada sumber Islam yang sememangnya kita tahu bahawa ia adalah kebenaran . tidak timbul soal ramalannya menjadi benar kerana ia berasal dari kata-kata nabi kita yang mulia Nabi Muhammad S.A.W yang sememangnya Benar. Cuba perhatikan ramalan-ramalan Nostradamus ini , anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita pernah dengar sebelum ini sama ada dari ustaz atau ustazah,  dari ceramah agama ataupun kitab hadis. Terdapat juga beberapa kuatrain yang menyebut tentang satu penaklukan Islam keatas negara - negara barat yang diketuai oleh Seorang penakluk agung! ( tidak diketahui sama ada berasal dari arab atau negara lain kerana tidak disebutkan Arab atau Islam)  

sumber biografi tentang Nostradamus diambil dari  nostradamus.org dan dari wikipedia bahasa inggeris .
lain-lain rujukan : halaqah.net , pemudasufi


Kesimpulannya , apa yang dapat saya simpulkan disini , kita sebagai umat Islam harus sedar tentang masalah utama yg berlaku sekarang. Bagaimana dengan sikap segelintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung akan tentang hadis-hadis nabi malah Al-Quran yang agung ,Malah ada juga yang tergamak untuk keluar dari Islam  Dunia barat sibuk mengkaji hadis dan manuskrip berharga dari dunia Islam, malah ada yang mengkaji Al-Quran yang penuh rahsia dan hikmah yang sememangnya terbukti menjadi medium saintifik dalam mmbicarakan tentang big-bang, Nebula, awan -awan hidrogen malah daya -daya nuklear . dan dari kajian Ayat dalam Al-Quran maka barat juga berjaya mencipta laser .

Sedang sebahagian umat islam berperang seperti di Palestin dan ditindas  ,dan disebahagian negara islam didunia ini rakyatnya alpa dengan keseronokan dunia dan segelintirnya hanyut mengejar kekayaan dunia dengan  hegemoni Barat dan budaya Barat makin menapak ke dalam jati diri kita sebagai umat islam. Hal ini sebenarnya jelas sebagai 1 cara barat dan yahudi laknatullah untuk mengalihkan tuumpuan umat islam dari mengkaji dan menghargai ilmu dan rahsia-rahsia yang terkandung.
Barat dan yahudi laknatullah sejak dari dahulu lagi sedang sibuk mengkaji dan menghalusi sedalam-dalamnya rahsia Al-Quran dan Hadis Nabi terutama hadis nabi berkaitan akhir zaman sebagai persediaan mereka dan segala karya ilmuwan islam tersohor terdahulu , sehingga akhirnya mereka jauh kehadapan dan maju dalam segala sudut kecuali dari segi tauhid dan pegangan akidah. Ingatlah Barat pernah menempuh zaman gelap (dark ages ) ketika masyarakat mereka langsung tidak menghargai ilmu , Daulah Islamiyah ketika itu  sedang tegak berdiri dengan gemilangnya dan melahirkan ilmuwan islam tersohor ketika zaman Dinasti Umayyah dan Dinasti Abbasiyah , dan Uthmaniyyah . Namun situasi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Islam dibenci ,umat islam ditindas di Palestin, dan sebagainya .dan mundur terpaksa brgantung kepada kepakaran dari Barat malahan bantuan kewangan dari mereka .


Bukti Pembohongan Yahudi Mengenai Peristiwa Holocaust

13 ulasan:

 




HOLOCAUST’ Satu Lagi ‘Industri Kebohongan’ Yahudi.

Sumber : Rahsia Untuk Umat Islam Bab 2.

Firman Allah SWT yang bermaksud:” Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memprdayakan selain dari dirinya sendiri(kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-An’aam:123)

Holocaust’ merujuk kepada peristiwa di zaman perang dunia kedua di mana kononnya enam juta Yahudi dibunuh dalam dewan beracun oleh tentera Jerman. Pemimpin Jerman Adolf Hitler melancarkan program pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai Yahudi ketika Perang Dunia Kedua di berpuluh kem tahanan di Jerman dan Poland. Kem seperti Dachau, Buchenwald serta kem tahanan lain di Jerman termasuk Auschwitz dan kemudahan induknya Birkenau, Stutthof, Treblinka, Chelmno, Sobibor, Majdanek dan Belzec di Poland dianggap sebagai kem maut bagi Yahudi apabila berjuta orang mati di kem itu.


Banduan Yahudi kononnya di sumbat ke dalam bilik sebelum dilepaskan gas beracun, menyebabkan meraka mati serta-merta. Penderitaan masyarakat Yahudi akibat dasar kejam Hitler ini digambarkan dengan ribuan gambar mayat bertimbun-timbun di luar kem tahanan itu.Kemudian tentera Soviet dan tentera bersekutu, menyelamatkan saki baki penduduk Yahudi di semua kem di Poland ini dan dibebaskan.

Kisah penderitaan ini dicatatkan dengan pnuh dramatik oleh seorang wanita Yahudi menerusi Diari Anne Frank. Diari ini, yang dianggap catatan peribadi paling menakjubkan berdasarkan kesengsaraan yang dialami, dijadikan teks bagi pelajar dan antara rujukan utama kisah kezaliman terhadap Yahudi.


Dalam rencana halaman 12, The Christian Science Monitor bertarikh 10 Ogos 1994 tulisan Jewess Linda joffe menyatakan, kira-kira 560,000 Yahudi tinggal di Jerman ketika Nazi berkuasa pada 1933. Hampir semua Yahudi itu dibunuh. Kini, hanya 50,000 Yahudi di Jerman.

Penderitaan Yahudi inilah siistilahkan sebagai Holocaust atau malapetaka dan kemusnahan besar masyarakat itu ketika Perang Dunia Kedua. Selepas perang dan sehingga kini, rata-rata masyarakat dunia menganggap Nazi dan rejim Hitler adalah manusia paling keji dalam peradaban dunia.

Nazi dianggap anti-Semitik. Penyokongnya digelar anti-Yahudi ataupun anti-Semitik. Sebarang kegiatan yang dilihat menggugat Yahudi digelar anti-Semitik. Akibat propaganda besar-besaran; Hitler dan tenteranya dianggap begitu zalim terhadap Yahudi yang kononnya membunuh Yahudi tidak kira orang tua atau muda. Peristiwa ini sudah terpahat utuh dalam sanubari masyarakat dunia.

Masyarakat dunia ditunjukkan gambar timbunan mayat ketika perang akibat kezaliman Nazi, sebenarnya tertipu kerana hakikat gambar itu adalah mereka yang mati akibat kebuluran dan penyakit berjangkit atau mangsa bedilan bom tentera Amerika dan sekutunya.


Memang benar, tatkala perang dunia kedua, ribuan nyawa menjadi korban perang, penyakit dan sebagainya. Tetapi penghapusan etnik seperti yang didakwa Yahudi adalah satu pembohongan besar. Malangnya sejarah ‘dicipta’ tersebut tidak dibantah. Selain Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, belum pernah ada tokoh di dunia yang berani secara terang-terang mengatakan keberadaan holocaust hanyalah sekadar mitos.
Di Barat dan Eropah terutamanya, menolak keyakinan keberadaan Holocaust boleh dianggap sebagai ‘anti-semitik’ hinggakan ramai warga Amerika lebih mengenali Holocuast dibanding sejarah penting mereka sendiri seperti peristiwa Pearl Harbour.

Begitu dahsyatnya “sihir” Holocaust, hinggakan barang siapa yang tidak mengakui; (termasuk yang menolak dan mengingkarinya) haruslah berhadapan dengan risiko penjara. Ini termasuklah beberapa ilmuawan penting seperti; Robert Faurisson, Profesor Roger Garaudy (Perancis), David Irving (Inggeris), Ernest Zandel (Kanada), Gatsom Amadeus (Swiss), George Ashley (AS), Dr. Joel Heyward (New Zealand), kesemuanya telah menjalani hukuman atas kebenaran mereka menentang fakta adanya “kebohongan” Holocaust.
Tetapi kini dunia semakin maju, penduduk bumi semakin cerdik dan sentiasa ingin mencari kebenaran dalam setiap fakta. Dengan menggunakan bahan sejarah dan kaedah saintifik maka terbongkarlah kebenaran. Dan lesimpulannya, Holocaust adalah rekaan, satu kisah dongeng Yahudi bagi meraih simpati, melaksanakan agenda sulit, menguasai dunia!

Malah antara alasan besar mereka untuk berpindah beramai-ramai ke Palestin 9(sekarang Israel) menggunakan alasan ini. Mereka juga telah berjaya menuntut ganti rugi berjuta-juta dollar daripada Amerika beasaskan kepada dongeng yang dibina di atas pembohongan.

Punca Dakwaan

Ia sebenarnya berpunca daripada tindakan Hitler yang berjaya membawa Parti Sosialis Kebangsaan menguasai kerajaan dan pada 1933 beliau mula melancarkan gerakan untuk mendesak penduduk yahudi supaya meninggalkan negara itu dan jika perlu secara paksa.Mereka menggubal akta mengenai perkara itu yang menyekat hak Yahudi untuk bekerja dan berniaga. Semua langkah ini diambil selepas kerajaan Hitler ketika itu merasakan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin hak penduduk pribumi dan penganut agama lain kerana bangsa ini, menguasai sepenuhnya bidang perundangan, perubatan, media dan ekonomi. Pada 1934, masyarakat Yahudi mengutuk Jerman dan memulaukan negara itu dan menjelang Pernag Dunia Kedua pada 1939, hanya 200,000 Yahudi yang masih menetap di Jerman.


Bukti Pembohongan (i)

Dr. David Irving, seorang pakar sejarah Britain yang mengkhusus dalam kajian Perang Dunia Kedua menegaskan Holocaust adalah mitos. Malah, seorang lagi pakar sejarah Britain, Allan Bullock berkata, Hitler tidak pernah mengarahkan Yahudi dibunuh.
Ia disokong pakar sejarah lain yang menyatakan tiada satu bukti kukuh Nazi melakukan pembersihan etnik seperti yang didakwa sama ada menerusi ribuan dokumen yang dirampas selepas perang atau kenyataan saksi.

Bukti Pembohongan (ii)

Pada Mei 1988, Irwing, membentangkan laporan yang dibuat oleh Fred A Leuchter, seorang pakar rekaan dan peniruan alat membunuh, termasuk bilik gas beracun. Leuchter yang mengkaji dan mengambil sampel dari bilik kem tahanan Auschwitz, Birkenau dan Lublin menegaskan tiada proses menyalurkan gas beracun berlaku.

Malah, apa yang mengejutkan kepada Leuchter, tiada sebarang kesan beracun sianida di kesan dalam sebarang bilik kem terbabit. Kajian juga menyatakan sejenis racun yang didakwa digunakan untuk membunuh Yahudi, Zyklon-B, sebenarnya hanya digunakan untuk membunuh serangga. Ini kerana Zyklon-B meninggalkan kesan yang tidak boleh hilang meskipun selepas beratus tahun dan kajian tidak menemui kesan ketara penggunaan racun itu.

Pada 1991, kerajaan Poland mengulangi ujian ini dalam usaha menyangkal hasil penemuan Leuchter, tetapi mereka juga gagal menemui sebarang bukti peristiwa kejam itu berlaku.
Bukti Pembohongan (iii)

Kewibawaan mengenai dewan bunuh ini juga amat palsu. Kajian menunjukkan bilik ini hanya sekadar bilik biasa yang tidak kedap udara dan mempunyai ruang udara yang agak besar di lantai dan bawah pintu. Jika benar Jerman menyalurkan gas dibilik terbabit, pasti racun ini turut mematikan tentera. Selain itu tiada peralatan lain bagi melakukan proses itu ditemui.

Meskipun dakwaan enam juta orang mati akibat gas beracun, tiada satu pun mayat yang dihimpunkan selepas perang sama ada di kubur besar atau reput di tepi kem tahanan, dijalankan bedah siasat bagi membuktikanpunca sebenar kematian mereka.

Kebanyakan mangsa yang maut itu adalah rakyat Jerman dan hanya segelintir Yahudi.
Malah, kajian juga membuktikan, tentera Jerman memerlukan masa 68 tahun untuk menyumbat tahanan dalam bilik beracun seperti di Auschwitz, bagi membunuh enam juta Yahudi!


Bukti Pembohongan (iv)

Menurut pakar sejarah, Diari Anne Frank juga palsu kerana sebahagian daripada diari itu ditulis menggunakan pena mata bola. Pen seperti itu belum lagi wujud pada zaman itu.

Bukti Pembohongan (v)

Seorang rakyat Perancis yang terselamat daripada kem Nazi ini, Paul Rassinier dalam bukunya Le Mesonge d’Ulysse (Pembohongan di Ulysse) pada 1949 serta buku Le Drame des Juifs Europeens (Drama Yahudi Eropah) pada 1964, menegaskan beliau tidak pernah melihat sebarang bukti Yahudi dibunuh beramai-ramai dalam bilik beracun.


Sementara itu, dalam buku tulisan profesor Universiti Northwestern, Amerika bertajuk The Hoax of The Twentieth Century, Dr. Arthur Butz, menegaskan meskipun ramai juga Yahudi yang dibunuh oleh Nazi, mereka bukan menjadi mangsa pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai.

Butz berkata, setengah juta mati dalam kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia Kedua tetapi sejumlah kecil daripada mereka Yahudi! Dan bukti ini diperkukuhkan oleh badan bebas yang ditubuhkan di Costa Mesa, California pada 1979 dan dikenali sebagai Institut Kajian Semula Sejarah (IHR).

Bukti Pembohongan (vi)

Seorang sejarawan Yahudi, David Cole yang melawati Auschwitz pada lewat 1992. Dalam lawatannya itu beliau merakam temu ramah dengan Ketua Kurator Muzium Hlocaust di kem itu, Dr. Fransiszek Piper.
Dalam temuramah itu, Piper mengakui bahawa bilik gas beracun yang ditunjukkan di kem itu untuk tatapan berjuta pelancong dunia, sebenarnya diubah suai oleh tentera Russia selepas perang. Berikutan itu, Cole menegaskan, kenyataan Piper ini membuktikan kenyataan Irwing.

Bukti Pembohongan (vii)

Dalam sebuah perbicaraan, Ketua Mahkamah Agung menyatakan Perbicaraan Nurmberg yang ditubuhkan bagi membicarakan pesalah jenayah perang Jerman sebenarnya adalah usaha peringkat menghancurkan Jerman.

Pesalah jenayah peran Nazi pada perbicaraan itu yang sebelum ini menjadi Pemerintah Aushwitz, Rudolf Hess, juga menyatakan beliau didera dan diugut untuk membuat pengakuan bahawa kem itu, membunuh dua juta Yahudi di dewan bunuh beracun berkenaan.

Ksimpulan

Jelaslah bahawa kisah Holocaust sebenarnya beasaskan kepada dongeng yang dibina di atas pembohongan, tokok tambah, dan rekaan penyedap cerita.

Seorang Yahudi, Jacobo Timerman dalam bukunya The Longest War menyatakan: ‘Holocaust ini adalah satu perniagaan yang menguntungkan”. Menurutnya perkataan Holocaust ini berasal dari bahasa Hebrew iaitu Shoah dan katanya lagi: “Tiada perniagaan lain yang sama seperti Holocaust!”.


sumber saya ambil dari rujukan buku seperti yang tertera di awal entri sekian..