Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan ini. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani saya mulakan entri kali ini. saya pasti ramai diantara kita merasa segan bila menyentuh topik hukum agama berkaitan hal diri yang terlalu peribadi untuk bertanya kepada seseorang yang arif . Sebagai contohnya bab mengenai hukum keluarnya air mani dan mazi di bulan puasa atau sewaktu ketika berpuasa sama ada puasa ganti mahupun puasa sunat . dibawah ini saya kongsikan dengan anda soalan beserta penerangan jawapan mengenai hukum keluarnya air mani ketika berpuasa sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Sumber ini diambil dan diringkaskan berdasarkan rujukan 4 buah website agama . rujukan diakhir entri.
Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi dan air mani? Boleh nyatakan dengan teliti apa itu air mazi dan air mani?
Jawapan:
Air Mazi
Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. Ia najis dan membatalkan wuduk. Cara membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota yang terkena cecair itu.

Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun imam Hanafi, Syafi’e, Awzai’e, Hasan al-Basri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Kita di Malaysia, berpegang pada mazhab Syafi'e.
Jadi puasa adalah tidak batal dan tidak perlu diganti. Tetapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwat kerana ia mengurangkan pahala puasa.
Air Mani
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
Ciri-ciri Keluarnya Mani
- Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung diuli.
- Keluar dengan keadaan syahwat dan mengairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah.
- Keluarnya memancut atau meleleh.
- Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat. Air mani wanita warnanya kuning jernih seperti tidak berwarna dan agak cair sedikit.
Cara Ganti Puasa Bagi Orang Onani Ketika Puasa
Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan ia ganti kembali puasanya yang batal disebabkan onani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah.
Wallahua'lam.

assalam redzuan....
BalasPadammisal kata aku tertido selepas subuh... lepas tu aku termimpi yg best2... pastu bangun2 jer dah basah...
batal tak puasa aku?
adakah puasa aku batal? sebab aku ketika itu telah berada didalam keadaan tidak suci dan perlu mandi wajib? betul tak?
X batal. Tp perlu disegerakan menyucikan. Jngn dilengah lengahkan.
Padamthanks for da info. sangat deep. :D
BalasPadamilmiah
BalasPadammmg tak batal..hurmm tapi elakkan la..seba nnt nak mandi wajib kne basuh seluruh rongga
BalasPadamurmm leceh..
aik mane dpt pic tu..mcm homemade je..hehe
terima kasih di atas info di atas..
BalasPadamsemoga dpt memberi panduan utk menjalani ibadah puasa dgn sebaiknya mengikut landasan yg telah ditetapkan...
@alepridz
BalasPadampuasa tak batal kalau mimpi basah, sebab keluar bukan disebabkan ransangan dari perbuatan kita. cuma bila kita terjaga daritido dan kita da mimpi basah terus mandi wajib.
nice enrty!
BalasPadamsharing is caring kan?
so, elakkan la dari perbuatan itu,..
lubang hidung pun kene bersih kan jugak ker time mndi wajib? sbb ader terbaca pendapat yg mengatakan lubang idung bukan zahir..jdi klo xbersihkan lubang idung time mndi wajib pn sah...bleh komen cket
BalasPadamsalam...kalau mengeluarkan air mani dengan sengaja pada waktu malam gitu ke...(cth:12.00-3.00)...dan mandi wajib sebelum subuh...sah atau tidak?
BalasPadam@Tanpa Nama
BalasPadamwaalaikumussalam saudara tanpa nama. kalau kita mengeluarkan air mani dari hasil onani ataupun hubungan seks dengan isteri di malam hari sebelum puasa keesokan harinya. jika kita mandi wajib sebelum terbitnya fajar, puasa kita keesokan harinya sah.
saya pernah bertanya pada ustaz mengenai perkara ini. dan sekiranya katakanlah kita mimpi basah(mengeluarkan air mani secara tidak sengaja ) disiang puasa . puasa kita masih lagi sah kerana ianya tidak mellibatkan ransangan dan perkara yang membangkitkan syahwat. bila kita tersedar dari tidur terus mandi wajib)keadaan ni berlaku secara tidak sengaja. kerana kita mimpi basah disiang hari. so bila tersedar terus je mandi wajib. puasa kita masih sah.
jika kita bersetubuh dgn is3 pada waktu mlm dan mandi wajib setelah terbit fajar bagaimana pula??
Padamkalau kita berkhayal tentang wanita sampai keluar mani, batallah?
BalasPadamAssalamualaikum,nak tanya sikit,
BalasPadam1)tak pasti keluar atau tidak tetapi memang mimpi
bende syok2 ,ianya keluar atau tidak???
2)Dan perlukan kita mandi wajib semasa berpuasa??
thnk untuk info 2...:)
BalasPadamAssalamualaikum,nak tanye sikit,
BalasPadam-Buat onani tapi bukan keluar air mani, tapi keluar air mazi, batal tak puasa kita ?? dan perlukah kita ganti ??
bolehkah kite mandi wajib time pose kalo kua secare x sngaje????
BalasPadamThanx to info
BalasPadamAlhamdulillah, ada dapat ilmu ni. Thanx for Saudara Redzuan, Jazakallah bi khair katsir.....
BalasPadamkalau sebelum subuh bagaimana??
BalasPadambagaimana kalau sebelum sahur..mimpi basah secara tdak sengaja dan tanpa mandi wajib sebelum sahur..sah ka puasa seseorang itu??
BalasPadamThanks utk info yg sgt mmbntu....
BalasPadamterima kaseh atas info... sangat membantu
BalasPadamMacam mane kalo mengeluarkan air mani dgn sengaja. Perlu membayar denda seperti bersetubuh disiang hari tak..
BalasPadamTidak perlu dibayar fidyah seperti bersetubuh tetapi perlu qada' puasa tersebut.. Wallahualam.
BalasPadamAslkum saudara semua,,sya nak tnya nie...bgaimna klo trkluar air mani ketika puasa kerana mimipi ketakutan dan bukan nya mimipi brsetubuh?...
BalasPadamselepas bersahur saya tidor .,kemudian saya bangun untuk solat subuh didapati air mani keluar dari kemaluan saya ., adakah batal puasa saya?
BalasPadamSenang je bab ni der, kalau sengaja di siang hari je batal, then kalau malam tu bersetubuh, then tghari br bgn, puasa sah jgk, cuma ko berdosa sebab tinggalkan solat subuh.
BalasPadamSalam sudara,
BalasPadamklu tgh berpuasa kita ragu2 seolah ada cecair yg keluar dari kemaluan, tapi tidak melakukan onani.jika diteruskan berpuasa. dan mandi wajib selepas berbuka,adakah sah puasa tersebut?
Lagi satu saudara apa perbezaan mani dan mazi? maksud saya dia punya texture adkah kedua duanya berlendir?
slm, adakah batal puasa bagi LELAKI sekiranya onani sehingga mencapai orgasm TETAPI tidak terkeluar air mani?
BalasPadam