5 Bentuk Pengampunan Dosa di Bulan Ramadhan Yang Diberikan Allah S.W.T



Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan yang pernah dicipta oleh Allah sehingga di dalamnya terdapat sekian ribu malah jutaan kelebihan yang tidak akan kita dapati pada masa dan bulan-bulan yang lainnya. dan semakin mencapai penghujungnya bulan ramadhan inilah peluang kita untuk merebut ganjaran dari Allah s.w.t dengan melakukan Antaranya termasuklah tawaran pengampunan dosa yang Allah janjikan melalui jaminan hadis daripada rasulNya Muhammad S.A.W. Perhatikan hadis-hadis ini satu persatu agar kita tidak terlepas peluang untuk mengamalkannya .



1. Melaksanakan puasa di bulan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)



 2. Melakukan solat tarawih dan tahajud di dalamnya.


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa mendirikan (sebahagian terjemahan menyebutkan qiamullail) Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)


3. Melakukan solat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar. Iaitu pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang penuh berkah, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'anul Karim. Dan pada malam itu pula dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

 Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa melakukan solat di malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya ia diampuni dosanya yang telah lalu. (Hadits Muttafaq 'Alaih)


4. Memberi iftor (makanan untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa.


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang di dalamnya (bulan Ramadhan) memberi iftor kepada orang berpuasa, niscaya hal itu menjadi sebab) ampunan dari dosa-dosanya, dan pembebasan dirinya dari api Neraka." (HR. Ibnu Khuzaimah (dan ia menshahihkan hadits ini), Al-Baihaqi dan lainnya).


5. Beristighfar. Meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa, berbuka dan ketika makan sahur.

Dan dalam sebuah hadis disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan, orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadits shahih hasan.)


dengan baki ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi, marilah kita meningkatkan lagi amal kita, memperbanyakkan solat sunat , zikir, berwirid, bertasbih, memuji kebesaran Allah s.w.t , banyakkan memberi sedekah dan memperbanyakkan salawat keatas junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w.

hal ini seperti sabda nabi "barang siapa yang memperbanyakkan salawat keatas ku di bulan ini ( ramadhan) maka Allah akan memberatkan timbangannya (pahala) ketika timbangannya ringan  "  

dipetik dari buku " Khutbah Rasullullah : Wasiat Teragung Buat Umat Tercinta" bab khutbah rasullullah s.a.w menyambut ramadhan . m/s 17 .


mudah-mudahan Allah s.w.t akan mengampuni dan menghapuskan segala dosa-dosa besar dan dosa kecil yang pernah kita lakukan selama ini .  insyallah amin..





2 ulasan:

  1. tahujjud dalm solat..susah nak dapat tahap khusuk

    BalasPadam
  2. sepatutnya seluruh umat Islam kene ambik peluang ni utk tambah pahala amalan...

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai