Misteri Peta Piri Ries


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua  pembaca  blog redzuan-ridz. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai  subjek misteri. apa yang ingin saya kongsikan adalah mengenai sebuah peta kuno yang terkenal di seluruh dunia. mungkin ada yang pernah mendengar mengenai Peta Piri Ries. Peta kuno ini menjadi subjek perdebatan antara para pengkaji dan sejarawan di seluruh dunia



 
Peta kuno yang unik  ini tersimpan rapi di sebuah istana di Istanbul, Turki. Peta kuno yang diperbuat dari bahan kulit rusa itu telah ditemui pada awal abad ke-18. Peta kuno ini telah  dicipta oleh seorang Jeneral Turki yang bernama Piri ibn Haji Mehmed atau Piri Reis.

Sekilas pandang,ianya mungkin selembar peta biasa dan tidak mempunyai bezanya dengan peta-peta lain yang wujud ,namu jika diperhatikan dengan teliti peta ini menggambarkan secara tepat pantai barat Afrika, pantai timur Amerika Selatan dan pantai utara Antartika, yang paling membingungkan sejarawan adalah bagaimana Piri Reis dapat memetakan secara tepat daerah Antartika yang sebelum ini belum pernah ditemui.

Sejarah mencatatkan Antartika ditemui hanya pada tahun 1820-an. Sekitar tahun 1950-an,seorang Kartografi ( teknik membuat peta,) Kapten Arlington H. Mallery ( bekas tentera laut US) membuat kajian terhadap peta kuno tersebut dan mendapati Queen Maud Land yang terdapat di peta kuno itu adalah Antartika dan berpenghuni, Sedangkan sekarang tempat ini telah  diselaputi salji tebal dan tiada hidupan langsung.

Sejarawan berpendapat , Piri Reis menggambarkan secara tepat berdasarkan peta-peta tua yang berasal dari tahun ke empat sebelum masihi atau mungkin lebih lama lagi. Piri Reis dianggap sebagai seorang penyelidik peta yang cukup berbakat. Biarpun beliau bukan seorang pelayar unggul seperti Columbus tapi beliau mampu membuat satu peta dari fakta terkumpul berdasarkan peta-peta dan nota-nota pelayar sebelumnya, kebanyakan dari peta-peta kajian Piri mustahil untuk didapati sekarang.

Piri Reis menjadi bertambah misteri apabila ada yang berpendapat peta ini sebenarnya adalah gambar pandangan udara dari angkasa lepas yang sangat terperinci.
Jika dibandingkan dengan gambar yang diambil dari pesawat Apollo 8, peta kuno Piri Reis ini bagaikan salinan penduanya terutama sekali gambar perubahan garis besar pada benua Amerika dan Afrika.

Di dalam peta kuno itu juga dilukis secara teliti bentuk muka bumi yang sangat rumit seperti gunung-ganang , kutub utara dan selatan dan sebagainya. Tidak mungkin teknologi dahulu kala yang dianggap kuno boleh memberi gambaran yang terperinci mengenai peta dunia terutama sekali gambaran dari angkasa lepas.


Dibawah ini merupakan beberapa catatan yang terdapat pada peta Piri Reis


Catatan 1

Beberapa pulau kecil yang terdapat di peta Piri Reis dinamakan Undizi Vergine (Eleven virgins)

Catatan 2

Pulau Antilia yang dijelaskan oleh Piri di dalam petanya adalah sebuah pulau berhantu dan di huni oleh burung Kakak Tua.

Catatan 3

Piri juga menceritakan alkisah perjalanan Columbus. Serta penemuan Banjaran Andes, sungai Amazon serta penghuninya seperti binatang Llama.

Catatan 4

Terdapat satu bahagian menjelaskan bagaimana peta ini dilukis dari rujukan dokumen-dokumen dan peta-peta yang terdahulu. Piri mengatakan rujukannya datang dari carta-carta, nota-nota, peta-peta lama (macam Mappae mundi/ peta dunia dari zaman pertengahan yang dikenali orang arab sebagai Jafriye).


Namun persoalan yang tetap menjadi misteri sekian lama adalah bagaimanakah peta ini dapat dicipta dengan sangat tepat bentuk muka bumi dan jika dibandingkan dengan peta kini tiada sebarang kecacatan dan kekurangan bagi kawasan yang dilukiskan ?

dan satu lagi bagaimanakah sebuah peta dapat dilukis dengan sebegitu tepat dengan keluasan kawasan yang sangat besar meliputi dari benua Afrika sehingga ke Benua Antartika ?

4 ulasan:

  1. tetiba minat nak bace post yang panjang mcm ni
    hurmm rajin salin fakta..

    BalasPadam
  2. kadang2 kita xble melihat tamadun dahulu sabagai 'kuno' atau ketinggalan..boleh jadi tamadun dahulu lebih canggih daripada tamadun skrang...kecanggihan tersebut bukanlah hanya diukur dari segi kecanggihan teknologi dan sebagainya..kadang2 ianya diukur berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada..di dalam dunia, majunya sesebuah negara adalah disebabkan oleh ilmu pengetahuan yang dimiliki..jelas sekali ilmu pengetahun zaman lampau telah mendahului zaman kita..lihat saja la bagaimana piramid terbentuk,tamadaun atlantis sehinggalah pemetaan zaman lampau...kadang2 tamadun boleh berubah2 dari moden ke kuno dan begitu juga sebaliknya...

    BalasPadam
  3. @En.Lee

    yup absolutely right(en.lee)...tamadun sentiasa berubah-ubah dan xsemestinya bergerak secara lurus(mean dari kuno ke moden)..sometimes ianya akan songsang(moden ke kuno)..so it's not big surprise if tamadun dahulu yg dianggap kuno itu lebih baik dari zman abad ke-21 ini..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai