9 Pedang Nabi Muhammad S.A.W

Salam sejahtera dan salam pembuka kata. dengan nama Allah saya mulakan entri yang sangat  menarik untuk saya kongsikan buat semua pembaca setia blog ini. Entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda antara koleksi pedang yang pernah digunakan dan dimiliki oleh  junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda. berdasarkan rekod dan riwayat,  jumlah pedang yang pernah digunakan baginda kesemuanya sebanyak 9 buah pedang. dibawah ini saya kongsikan nama dan gambar serta sedikit info mengenai pedang-pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.



Al Ma'thur



Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Juga dikenal sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda menerima wahyu yang pertama. Pedang ini diberi oleh ayah baginda, dan dibawa sewaktu hijrah dari Mekah ke Madinah dan  akhirnya diberikan bersama-sama
dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Talib.
Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pemegangmya diperbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Berhampiran dengan pegangan itu terdapat  ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’


Al 'Adb



Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).

Al-’Adb, nama pedang ini, bererti “memotong” atau “tajam.” Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sewaktu sebelum Perang Badar Al-Qubra. bAGINDA menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Hussain di Kaherah, Mesir.


 
Dhu Al Faqar


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Dhu Al Faqar adalah satu daripada pedang Nabi Muhammad SAW yang diperolehi hasil rampasan pada waktu perang Badar. Dan dilaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Talib, yang kemudian Ali mengembalikannya  semula ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya.Banyak sumber mengatakan bahawa pedang ini milik Ali Bin Abi Talib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.


Al Battar


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Al Battar juga merupakan satu daripada  pedang Nabi Muhammad SAW yang diperolehi  hasil rampasan dari Bani Qainuqa . Pedang ini disebut sebagai ‘Pedang para nabi‘, dan di dalam bilah  pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi :
‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW ’.
Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya :


Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya. Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean.
Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Dikhabarkan juga bahawa inlah pedang yang akan digunakan oleh Nabi Isa AS kelak ketika baginda turun ke bumi di akhir zaman nanti untuk mengalahkan Dajjal.


Hatf


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992)

Hatf adalah satu daripada pedang Nabi Muhammad SAW  yang diperolehi hasil dari rampasan Bani Qainuqa. Dikisahkan pada asalnya, pedang ini merupakan pedang  yang juga dimiliki Nabi Daud AS.

Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS mukjizat melembutkan besi dengan tangan untuk ‘bekerja’ dengan besi,  membuat baju perisai, senjata dan alat perang, dan NabI Daud juga membuat senjatanya sendiri. Dan Hatf adalah salah satu buatannya, yang menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.
Nabi Daud menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku
 Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.



Al Mikdham


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Ada yang mengkhabarkan bahawa pedang ini memang pada asalnya dimiliki Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya diberikan kepada Ali bin Abi Talib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada pendapat lain mengatakan bahawa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Talib yang diperolehi hasil rampasan pada serangan yang dipimpin beliau di Syria.
Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.



Al Rasub


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Ada yang mengatakan bahawa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya , Pedang ini kini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi:
Ja’far al-Sadiq’.


Al Qadib


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Al-Qadib berbentuk seakan blade nipis sehingga  dikatakan mirip seperti tongkat. pedang ini digunakan untuk mempertahankan diri , tetapi tidak digunakan untuk peperangan.
Pedang berupa ukiran perak ini tertulis tulisan  yang berbunyi syahadat:
“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”
Tidak ada petunjuk dan rekod dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan  oleh Nabi Muhammad SAW dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah dari zaman Kerajaan Fatimiyah di Mesir.Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan .


Qal'a


Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami,
Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi(Cairo: Hijr, 1312/1992).
 
Pedang ini dikenali juga sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay.” Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria. Ulama negara lain bahwa kata “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih”

Pedang ini adalah  satu daripada tiga pedang milik  Nabi Muhammad SAW yang diperolehi hasil  rampasan perang dari Bani Qainuqa. Ada juga yang melaporkan bahawa datuk Nabi Muhammad SAW iaitu Abdul Muttalib yang telah menjumpai  pedang ini ketika dia menemui kembali telaga air zamzam yang telah tertimbus  di Mekah .Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk seperti blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi:

Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.”
Pedang ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini mempunyai design berbentuk gelombang.


 diolah dari sumber rujukan asal dalam bahasa inggeris : KLIK SINI

5 ulasan:

  1. nice sharing... tahu jugas erba sedikit tentang kakasih hati

    BalasPadam
  2. MasyaAllah! this is so awesome! I've heard about the 9 swords but I never actually read about it. Thanx! :)

    BalasPadam
  3. subhanallah..pedang tu pernah berjasa pada baginda nabi...

    BalasPadam
  4. singgah kat cni la..wah..pedang tu..terbaek la...nk 1..simpan wt kenangan...leh??

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai