iklan baris

Cerita Lawak Jenaka | Budak yang Cerdik

Cerita Lawak Jenaka  | Budak yang Cerdik


Al- kisah Ada seorang cikgu tadika yang langsung tidak percaya dengan  kewujudan Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal. Cikgu yang telah sesat tersebut pun mula bertanya kepada murid-muridnya...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid :... Nampak cikguuuuu. 

Guru tadika : Pen ada kan? 

Murid-murid : Ada cikguuuuuu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuuu. 

Guru tadika : pen ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuu.. 

Guru tadika : Tuhan ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. 

Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar  bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... 

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? 

Guru tadika : Boleh,mari ke depan. 

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? 

Murid-murid : nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada kan? 

Murid-murid : adaaaaa. 

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? 

Murid-murid : tak nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada otak tak? 

Murid-murid : tak adaaaaaa. 

Guru tadika : hmmm >.<

10 ulasan:

  1. hahahaha..
    kena balik..
    sokong budak tu..

    BalasPadam
  2. haha lawaklah..bijak budak tuhh

    BalasPadam
  3. padan muka cikgu tu. cam cilaka. haha

    BalasPadam
  4. mmg kena on the spot. padan muka, cikgu xde otak. hahah

    BalasPadam
  5. hahahah...x pasal2 je kne bslik...kah3...

    BalasPadam
  6. erk~
    abg or akak budak tu yg ajar ni, haha ;)

    BalasPadam
  7. menareik cete nie....walaupun dah pernah dgr cete nie... Bagus sesgt budak tu

    BalasPadam
  8. hai redz..lama lak kak Ina tak masuk blog awak ni :)

    BalasPadam
  9. haah kita tanya dia. dia tanya balik kat kita kelakar betul

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai