Isu Karikatur di Berita Harian : Karikatur Ultraman vs Tsunami Menerima Kutukan Hebat di CNN iReport

Salam sejahtera dan salam pembukata kata buat pembaca blog RR. firstly thanx to all yang sudi membaca bingkisan perkongsian di blog ini :). orait as we all know, minggu ini minggu yang penuh dengan kisah dan rentetan peristiwa tsunami di jepun. but apa yang saya nak highlightkan untuk entri kali ni, sesuatu yang kini menjadi topik hangat iaitu mengenai penyiaran gambar karikatur  yang memaparkan karikatur ultraman sedang lari menyelamatkan diri dari ombak tsunami di halaman berita harian. korang tengok je gambar dibawah.


klik untuk paparan imej lebih besar



karikatur ini telah dilukis oleh Zoy dan telah disiarkan di ruangan ragam di halaman 24 Berita Minggu yang bertarikh 13 Mac) actually karikatur ini telah menjadi 1 isu apabila  karikatur ini telah di kongsikan di section  CNN iReport. Tindakan pemaparan karikatur ini oleh pihak editor BH telah didakwa sebagai 1 bentuk penghinaan terhadap Jepun dan telah menerima kutukan bertalu-talu oleh para readers yang memberi komen di CNN iReports. editor BH didakwa tidak peka dan sensitif dengan  menyiarkan karikatur disaat rakyat jepun sedang 'struggle' menghadapi krisis terbesar dinegara Matahari terbit tersebut.


di bawah ni saya sempat screenshot beberapa petikan komen di ruangan CNN iReport.
semuanya jelas komen-komen  mengutuk tindakan editor BH kerana memaparkan karikatur ini.  sangat memalukan sebab imej karikatur ni telah diangkat sebagai 1 isu dan telah tersebar di laman berita paling popular didunia iaitu CNN. after this surely akan wujud 1 stigma dan mindset yang buruk mengenai media di Malaysia.






klik imej untuk paparan  lebih besar


pandangan peribadi saya, dari satu sisi kalau dilihat, kita akan menganggap  gambar karikatur diatas is just a picture. just a jokes. tapi fikirkanlah pandangan dan first impression the others people  tidak sama. karikatur jokes yang jelas boleh mengundang isu dan kontroversi besar. terutama cuba mengaitkan dengan negara seperti Jepun yang sangat peka tentang apa jua yang dikaitkan dengan negara mereka.

dari sisi yang lain, paparan imej karikatur ini pun bersifat abstrak, boleh memberi banyak pengertian dan intepretation. so dalam situasi genting ketika Jepun dilanda krisis besar tidak wajar gambar karikatur ini disiarkan, kerana sedikit sebanyak wujud unsur sindiran tajam seolah-olah Jepun tidak mampu bertindak dan berbuat apa-apa. maklumla Jepun sebuah negara yang maju dan sangat bersedia, so dengan pemaparan gambar karikatur ini seolah-olah menunjukkan seperti rakyat Jepun bangsa yang lemah.


sebelum terlupa anda semua boleh layari laman CNN iReport yang memaparkan isu ini, luangkan masa membaca komen-komen disitu most of the comment mengecam, menghentam dan mengutuk media Malaysia


walau apa2 pun dek kerana kurang peka dan alert, nama dan imej Malaysia sdikit sebanyak telah terpalit dan buruk dimata dunia :(

p/s: anyway  Berita Harian telah pun memohon maaf dengan tindakan penyiaran karikatur ini. hopefully editor BH akan more alert , bukan sekadar more alert tetapi double check before menyiarkan sesuatu terutama yang membabitkan karikatur :)

9 ulasan:

  1. isu nih... hm tak paham lahhh.
    aku tak nampak apa2 sensitivity pon. adoi..

    BalasPadam
  2. pelik. rasa yang gambar kartun nabi muhammad tu lagi la sensitif, boleh lak diorang pertahankan benda tu atas alasan kebebasan media?

    BalasPadam
  3. da terhantuk baru terngadah (btol ke ni)..
    hape dia igt seme benda bleh dijadikan lawak? kalu anies, anies pecat je editor tu. wat malu negara je.. tp si zoy tu mintak maap x?

    BalasPadam
  4. for me la...tak wajar karikatur tuh disiarkan..maybe la benda tuh bole diertikan dgn banyak tafsiran..the problem is, at the first sight org tengok benda tuh mcm nk buat joke murahan terhadap ape yang dilalui rakyat jepun..tu org kata 1st imperession tuh penting.tapi BH patutu dipuji. sbb dah keluarkan kenyataan balas. so..lepas ni kalau isu sensetif ni..kena lebih peka la kalau nk kuarkan ape2 pon bahan :)

    BalasPadam
  5. at first instance,we might think and had the opinion that there's nothing serious about it. but to think twice,for me it actually matters because the issue can be considered sensitive. hundreds were dead and you make fun with it. step into their shoes,..how??

    BalasPadam
  6. haish... that's what we lack in malaysia. sensitivity of hurting others.

    BalasPadam
  7. sebagai anak malaysia.. saya sangat malu.. akibat perbuatan mereka

    BalasPadam
  8. pada aku, tak patut dia buat karikatur tuh.. sgt memalukan.. sepatutnya BH lebih peka.. ada benda yang boleh dibuat lawak, ada yang tidak.. sekarang nih malaysia dah ''terkenal''..

    aku baca komen kat gambar CNN tuh, aku perasan ada mamat menagaku india malaysia, dan dia malu menjadi sebahagian dari negara nih.. malah claim malaysia penuh racism.. entah apa la MISI dia.. tu cukup buat aku tertanya tanya.. perlu ke dia ''menambah rencah'' kat sana..??

    BalasPadam
  9. ketuk erek belako

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai