Luahan Hati Seorang Anak

salam semua, ntahla, arini aku terasa nak luahkan sesuatu yang sentiasa membuku dalam hati aku. arini tiada info , tiada tips,  mahu pun segmen akan aku kongsikan , entri ni  sekadar luahan rasa kesedihan diri ini yang telah lama aku biarkan tertanam rapi dalam hati..  mungkin dgn cara ni aku dapat ringankan rasa beban kesedihan. buat anda semua yang tidak ingin baca tidak mengapa. aku luah isi hati aku dgn harapan dapat kurangkan kesedihan yang sering membelenggu aku. mungkin smua teman2 rapat dan rakan bloger BCM dan yang sentiasa ikuti blog aku melihat aku ni orang yang ceria dan sentiasa gembira. tapi allah sahaja yang maha mengetahui betapa berat beban kesedihan yang aku tanggung. kesedihan yang aku tanggung ini akan terus menemani aku sehingga nafas terakhir aku. aku pun  manusia yang ada hati dan perasaan sedih, bukan hnya kaum wanita sahaja yang merasa kesedihan.


ketika aku menaip entri ini jam menunjukkan 4.50 pagi . aku tak tau kenapa aku terasa rindu sangat pada abah aku pagi ni. aku tak dapat melelapkan mata aku.  aku terbayang kenangan indah bersama abah aku, Abdul Mulok @Abdul Malek.  Abah da pergi mengahadap illahi 4 tahun yg lepas. 11.8.2007 merupakan tarikh kesedihan yang akan kekal terukir dlm benak fikiran aku. tarikh itu lah abah aku dijemput illahi. ckit pun aku xpernah melupakan abah aku. abah memang garang tapi disebaliknya abah seorang ayah yang penyanyang. cuma aku tak mengerti cara abah menunjukkan kasih sayang pada anak2 nya.  abah orang rndu nak berbual dan berckp dgn abah wlupun orang tau smua tu xkan berlaku



abah .. orang tak pernah jemu berdoa untuk abah agar roh abah tenang bersemadi kat sana. lpas solat orang xpernah lupa menadah tngan mendoakan abah kat sana. tiap2 minggu orang ziarah kubur abah. kalau orang xberkesempatan dalam sebulan  2 kali orang pergi  sedekahkan alfatihah dan baca yasin untuk abah. dulu masa mula-mula abah dijemput illahi orang susah nak terima hakikat abah da pergi selamanya. orang hidup sampai harini pun sebab mama. orang tak sanggup lihat mama menitiskan air mata setiap malam teringat kat abah. mama memang tak tunjuk depan anak-anak. tp  orang selalu nampak. bila orang ke bilik air tgh malam  orang nampak mama duduk sorang2  kat kerusi ruang tamu atas.  terdengar esakan kecil mama. orang tau mama teringatkan abah. orang  tak snggup tengok mama menderita mcm ni.. , kadang orang pernah terfikir dan tertnya-tnya kenapa Allah tak ambik orang dulu, kenapa abah yang pergi dulu. kenapa bukan orang .mama, dengan adik-adik lagi perlukan abah dr orang. orang terkilan sangat2 sbb abah tak sempat lihat keputusan UPSR aizat. aizat dapat 5A abah, abah pergi sehari sebelum keputusan UPSR keluar. orang sedih abah, tiada tngis kegembiraan dengan result cemerlang aizat. yg ada tngisan kesedihan. skg aizat da dpt MRSM abah. PMR aizat aritu 8A abah.  Alan plak mnnti keputusan SPM , kalau abah ada abah pasti bangga kami semua da bjaya abah. , orang tak tau nk luahkan kat saper ape yang orang rsakan abah.   orang terkilan dan sedih sgt sbb abah takkan brsama orang masa orang ambik sgulung ijazah.


buat mamaku wanita yg pling aku snjungi dan sayangi Norahen Binti Shahid, mmmuuuaaahhh untuk mama.  orang janji bila orang abis belajar nnti orang akan teman mama, mama tak payah kerja da, orang akan jaga mama, yang paling penting orang akan tunaikan hasrat mama nak ke Mekah. baru orang  fikir pasal kahwin dan orang akan bagi cucu banyak-banyak kat mama.. biar rumah xsunyi sepi lagi. dan untuk mama orang doakan mama dipanjangkan umor.


buat adik-adikku, aizat dan alan, abg iwan nk mntak maaf sgt2 kalau selama ni abg iwan pernah bertndak ktrlaluan, abg iwan nk kita semua berjaya dalam hidup ni, abang iwan tak de niat nk marah2 adik abg tanpa sebab. abang iwan mntak maaf sangat kalau adik adik abg ni terasa ati dgn abg.  abg iwan nk ijat, alan belajar rajin2, kita 3 beradik je dik, abg iwan harap ijat, alan, jangan  wat mama terasa hati, jga ati mama, smntara mama msih ada, nnti mama da xde, kat sper lagi kita nak mengadu nak bermanja dik.  abah da pergi mnghadap illahi. jaga mama baik2, abg iwan skg pun kat u, mama pun krja balik lewat, abg iwan tak sempat nak jumpa mama borak dengan mama lama2.  tu je abg iwan mntak dr korang, kalau korang nk duit belanja mintak kat abg iwan, abg iwan boleh bagi duit biasiswa abg iwan kat adik abg. . nnti abg iwan nk bila korang  ijat, alan da grad abis belajar. kita pergi kubur arwah abah bawak ijazah kita sama2 kat kubur arwah abah. kita pergi dgn mama sekali. xpela dik abah tak dapat menemani dan melihat kita mengmbil segulung ijazah. tp sekurang2 nya arwah abah melihat kita dengn snyuman dr alam yang sana. dan abg iwan nak korang tau yang abg iwan syg kat adik adik abg sgt2. smpai mati korang la adik-adik abg. susah snang abg iwan bersumpah dengan nama Allah s.w.t abg akan bantu korg dik.


aku tak sertakan  gmbar arwah ayah aku sbb aku rasa tak elok rasanya berkongsi gambar orang yang da tiada. aku merayu sgt2 kalau korang ada ayah , ibu hargaila mereka selagi mereka masih ada didunia ni. dan kerana allah taala aku mmg cemburu bila melihat orang semua ada ayah. aku xsmpat bhagiakan ayah aku. aku berdoa agar Allah panjangkan umor ibu aku dan sempat lihat aku dan adik2 aku brjaya dlm lapangan kerjaya kami dan hidup kami..

29 ulasan:

  1. be strong bro..lelaki kne cekal.byk kan istighfar okeh

    http://akudiakamu-aizatjohar.blogspot.com/2011/02/jersi-negara-vs-buah-limau.html#more

    BalasPadam
  2. al-fatihah utk arwah..
    menitis air mata ni bace time subuh camni..
    teringat abah kat umah..
    teringat abang n adek x rapat ngan abah..
    rindu pulak kat abah..
    abah dah tua..
    anyway redzuan, cekalkan hati..
    insyaAllah ayah redzuan di tempatkan di klgn org beriman aminn

    BalasPadam
  3. as-salam~
    waa...pg2 da bce entry yg meruntun perasaan.
    xtau na ckp ape. mmg kdg kte akn salu t'kenangkn psl ibu n ayh. apetah lg kalo idop sbg student n dduk jao. sbg ank, kte kene kuat n tabah, sb diorg juz na tgk kte b'jaya n idop dgn baek.;)

    BalasPadam
  4. sebak rasa, terasa jugak.. ayah dah pergi masa sy form 3.. skrg dah 19 tahun.. semoga ayah kita tenang kat sana.. insyaAllah, amin.. :') Semoga Allah panjangkan usia mak..

    BalasPadam
  5. lumrah alam,yg pergi akn ttap pergi.
    insyaAllah dgn doa bole dkatkan dgn Allah.
    aminnn

    BalasPadam
  6. Honey!!!! Syg alwiz Ada disisi honey.. Syg thu ney kuat... Don't worry k..

    BalasPadam
  7. al fatihah , bila baca ni aku rasa bersyukur sebab mak bapak aku masih ada .. semoga ko berjaya dlm hidup ya .

    BalasPadam
  8. RR aku nangis!
    aku sensitip ker luahan nih sedih ehh?
    ouhhh.

    alfatihah untuk ayah kawww!
    kalo ayh aku pi dulu ponn mesti aku lagik terok.
    aku langsung tak kuat...........
    ya allah panjangkan lah umur kedua ibu bapa ku. aminnn!

    RR ko kena kuat taww.
    ko mcm anak sulung je kan?
    be supporter to ur mom k?

    BalasPadam
  9. sabar banyak2..jgn sedih k..selalu2 lah bc al-quran utk ketenangan jiwa...jglah mama dgn baik n jgn tunjukkan ksedihan depan mama, nanti mama lg sedih..k..take care dik

    BalasPadam
  10. kuat ehh. insyaallah arwah abah akan ditempatkan dalam kalangan mereka yg soleh. ;)

    BalasPadam
  11. thnx korang semua yang give aku support. really apprecciate. ntahla smlm mttba je aku tringat sgt2 kat arwah abah aku.mood aku dlm kesedihan.

    BalasPadam
  12. as salam...
    Al-fatihah untuk arwah..smoga ditempatkan di kalangan orang beriman,

    Sabar ye bro.. waa.. sedihh2..
    Ayah aku plak.. hmmm..~

    BalasPadam
  13. salam...

    al-fatihah...harap kuat menerima ujian dari Allah s.w.t..

    BalasPadam
  14. Assalam ridz...
    alfatihah untuk abah ridz...
    waaa,tak leh nak terus bace, sebab nak nangis....huhu
    Semoga Ridz tabah & kuat...:)

    BalasPadam
  15. Al-fatihah...x tau plak.nie baru bace...sabar laa yer redzuan-ridz...kuatkn semangat...hidup nie perlu diteruskan...

    BalasPadam
  16. bertuah arwah dan mama bro dapat anak macam bro ni..

    BalasPadam
  17. Al-Fatihah wan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka2 yang sedikit..dan dicucuri rahmat sentiasa olehNya..amin

    Wan hang kuat no halnya kwn yakin tu..Allah telah memilih mu untuk dididik melalui suatu kehilangan.. yang pasti ia akan memberi kekuatan pada jiwa mu dan ia akan menjadi pengalaman yang akan medewasakan setiap langkah perjalananmu nanti amin...

    * kwn tak pernah kehilangan tapi seandainya ia berlaku adakah aku mampu setabahmu sahabatku...

    BalasPadam
  18. Al fatihah.. semoga rohnya ditempatkan dgn org2 yang beriman..

    semoga tabah menghadapinya.. yek..

    BalasPadam
  19. sdhnye sgt2 bace entry nih....
    Al fatihah utk arwah.... smoga rohnya d tempat org2 yg beriman...

    BalasPadam
  20. alfatihah kpd arwah..

    sayangilah ibubapa kita.. em..

    BalasPadam
  21. Elok kalau di luah di blog. Luahan di blog jgk boleh di gunakan sebagai tmpt terapi minda dan jiwa. Positif.

    Dari Allah kita datang maka kepada Allah kita kembali. Sy doakan allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Allhamdulillah beliau masih tidak putus dgn dunia kerana ada doa dari anak soleh macam bro. Insyaallah.. sama2 kite ingat mengingati.

    BalasPadam
  22. @AISHA INANI thanx AI, appreciate ko, terharu dgn kata-kat mu AI :) wlupun ayat ko bunyi mcm brutal je.. yup aku anak sulong ,

    BalasPadam
  23. @nur aisya humaira thanx yer aisya :) aku xtau nk ckp ape lagi, dan aku sgt2 hargai korang semua sbb drop kata2 semangat n give motivation kat aku. wlupun aku ni hnya blooger picisan je , korang sudi komen semua. srius aku cakap aku tacing dengn komen korg.

    BalasPadam
  24. al-fatihah utk arwah...
    ridz kene tabah taw....

    BalasPadam
  25. huk huk...tetibe sedih..

    homesick..rindu abah juga...hemm..
    btw, be strong..byk lagi yg perlu ko tempuh..

    belajar rajin2...ingat Allah..doa anak yg soleh yg bantu ibubapa kita nanti..

    BalasPadam
  26. al- fatihah buat arwah abah awak.. tarikh kematian sama cam pemergian ayah saya,,cuma ayah saya 10 august 2007. sekarang saya dalam dilema..

    BalasPadam
  27. Al fatihah buat arwah ayah redzuan..

    BalasPadam
  28. Alfatihah buat arwah ayah ridzuan..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai