iklan baris

Misteri Pedang Damascus : Pedang Tertajam Di Dunia

Pedang Tertajam Didunia 


Salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz , dengan  nama Allah saya mulakan post yang sungguh menarik ini. entri kali ni sangat menarik untuk saya kongsikan dengan anda. mungkin ramai daripada anda bila membaca tajuk entri ni rasa akan tertanya-tanya. saya yakin ramai diantara kita menyangkakan bahawa pedang paling tajam didunia adalah Pedang Samurai. namun anda silap. kerana Pedang paling tajam di dunia sebenarnya adalah Pedang Damascus.


ketika terjadinya Perang Salib (Crusade War), pasukan tentera Salib (crussaders) dikejutkan dengan pedang yg dimiliki oleh pasukan tentera yang dipimpin Salahuddin Al-Ayubi ( Panglima Agung tentera islam). Pedang mereka dengan mudah menembus baju besi pasukan crusader, bahkan mampu membelah pedang mereka.Inilah Pedang Damascus, yang diperbuat dari teknologi karbon nano yang diolah dengan teknik khusus sehingga  memiliki permukaan yg sangat kuat dan tajam.

Pedang Damaskus adalah pedang yg paling tajam di dunia, lebih tajam daripada Katana Jepun maupun Kris Indonesia. Selain kuat, Pedang Damascus juga sangat lentur sehingga betul-betul sempurna untuk dijadikan pedang atau pisau. Pedang ini mampu membelah sutera mahupun rambut yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan sama sekali. Sebuah penelitian mikroskopik keatas permukaan Pedang Damascus menemukan semacam satu lapisan kaca dipermukaannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di daerah Damascus ( damascus kini dikenali sebagai Syria) saja yang menguasainya, kerana faktor ini teknik pembuatan Pedang Damascus akhirnya pupus dan lenyap. Hingga kini teknologi metalurgi yg paling canggih pun belum mampu membuat pedang yg lebih tajam dari Pedang Damaskus.

Begitulah hebatnya, Para ilmuwan islam di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yg lalu. Beberapa ahli metalurgi moden mengaku berhasil membuat pedang yg sangat mirip dengan pedang Damaskus , namun tetap  tidak berhasil meniru 100%.

Namun sayang kerana teknik pembuatan Pedang Damascus tidak diwarisi lagi sekarang kerana tiada 1 manusia zaman ini dan di muka bumi ini mampu menghasilkan Pedang ini. Seni dan teknik pembuatan Pedang Damascus tergolong antara seni dan ilmu pengetahuan Islam yang hilang dan lenyap tanpa diwarisi. Pedang, tombak dan Pisau Damaskus yang  masih ada kini merupakan tinggalan sisa dari  Perang Salib kini tersebar di merata Muzium di seluruh dunia.

dibawah ini antara gambar PEDANG DAMASKUS ( DAMASCUS SWORD) :

tegb6blf



tjubbs3w


feu0yms8


l0megsul

sumber : diolah ke bahasa Melayu  berdasarkan sumber dari wiki answers, wikipedia bahasa inggeris, archeaology.about.com 

p/s: betapa hebatnya para ilmuwan islam zaman dahulu, kerana berjaya menghasilkan senjata petempuran yang digeruni musuh sehinggakan tentera salib yang dipimpin ricard the lion( richard si hati singa) telah tewas ditngan pimpinan Salahuddin Al-Ayubi( panglima agung tentera islam) Sayang kerana teknik dan seni
pembuatan pedang ini tidak diwarisi lagi. lenyap lagi 1 ilmu pengtahuan islam.

15 ulasan:

  1. kalau u all ada akaun fb sharing la ye dis entri :) hope with dis entry and info can change persepsi orang yg sllu anggap pedang samurai p-edang paling tajam didunia.

    BalasPadam
  2. cuma tinggal sejarah....tak da waris jari hantu..hehhe

    BalasPadam
  3. TQ for sharing.. :)
    sayang teknologi itu tidak diwarisi.. mungkin ada hikmahnya..

    BalasPadam
  4. bagus teknologi ni..tapi sayang..

    BalasPadam
  5. following u..hehe..mention cni, bleh kan =)

    BalasPadam
  6. tbe2 rase nak sgt tgk pedang ni..dpt pegang pn best kn..

    BalasPadam
  7. pedang atau kata2??

    www.aarproduction.blogspot.com

    salam ziarah..

    BalasPadam
  8. Wow!! Memang hebat! Begitu agungnya Islam dahulu kala.. Sayangnya unat Nabi Muhamad sekarang tidak bersungguh menguasai ilmu yang Allah kurniakan..

    BalasPadam
  9. ada pendapat mengatakan bila umat islam bangun memerangi yahudi (petanda hampirnya kiamat), senjata yg digunakan bukanlah teknologi yang canggih seperti senjata api, senjata nuklear mahupun biologi (biological weapon), sebaliknya kembali menggunakan senjata-senjata besi sepertimana yang digunakan pada zaman nabi dan para sahabat. ini kerana pada masa itu, sumber bahan mentah mulai berkurangan ataupun tiada sama sekali, sekaligus tidak lagi efisyen untuk digunakan.

    tambahan lagi, terdapat sumber lagi memberitahu, manusia kaum yahudi bukan sahaja cuba menghancurkan islam dgn cara halus, tetapi mereka melakukan persediaan lebih daripada itu. pernah kan kita dengar orang yahudi mengkaji kita al-quran? ya, mereka mengakui kebenarannya. tetapi bukan itu persoalannya. mereka mengkaji bukan untuk memberitahu yang mereka kagum semata-mata. think outside the box. semua itu dilakukan untuk satu tujuan - islam mesti dihancurkan. pegangan mereka matlamat menghalalkan cara.

    berbalik kepada persediaan yang dikatakan. mereka sekarang berusaha menghasilkan senjata besi yang berkualiti, sudah semestinya kualiti yang mana ia tidak boleh dikalahkan oleh senjata umat islam. mereka mencari cara yang sesuai menghasilkan senjata yang ampuh, ringan, dan mampu menembusi apa sahaja. mungkin senjata yang dimaksudkan mampu menandingi pedang damascus.

    begitu sayang sekali, senjata damascus yang menjadi kebanggaan para sahabat kini sudah tiada siapa lagi yang tahu menghasilkannya, setakat mampu dikagumi pabila bertandang ke muzium.

    TETAPI, jangan dilupakan. Al-quran menceritakan segala yang benar. Andai Allah SWT mengehendaki sesuatu terjadi, maka jadilah ia. Kejayaan sudah pastinya akan dimiliki apabila masanya betul-betul akan tiba.

    WALLAHUALAM

    BalasPadam
  10. mawh., mantap gituhh., pengen punya satu buat belah kutu ., hahaha :D..

    visit my blog ea., sentelentew.blogspot.com

    BalasPadam
  11. kajian lanjutan boleh dibaca disini http://treakyidea.blogspot.com/2012/07/pedang-damascus.html

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai