MADAH PUITIS TENTANG CINTA...

malam tadi lepas baca novel cinta "ayat-ayat cinta", datang idea untuk post entri mengenai madah puitis tentang cinta, dibawah antara madah-madah puitis tentang cinta dari tokoh-tokoh terkenal dan ujangga yang saya perolehi dari bacaan sy dan juga searching di website. :)

kata puitis tentang cinta


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

”Dimana ada cinta yang besar, disana akan ada keajaiban” Willa Cather

“Jika ingin dicintai, jadilah orang yang mudah dicintai.” Ovid (Penyair besar Romawi)

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih ingin memilikinya. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia umpama setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan titis embun itu jatuh yang membezakannya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah ia dengan kedurjanaan, pendustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

sumber: pelbagai sumber

p/s: ketika saya menaip entri ini, semakin sy merasai kehebatan cinta itu.. namun sehebat dan sedalam mana cinta kita terhadap insan yang kita dambakan dan sayangi, cinta yang agung yakni cinta hakiki adalah cinta seorang insan terhadap penciptanya. anyway feel free to drop ur comment :)

8 ulasan:

  1. Bercinta memang mudah..untuk dicintai juga memang mudah..tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi..Tetapi jika kita mencintai Allah,insyaALLAH, cinta itu pasti dibalas..Cinta pada Allah, adalah cinta yang sebenarnya tanpa batas..Seorang yang dicintai dan mencintai Allah, tidak akan merasa meninggalkan atau ditinggalkan.. :)

    BalasPadam
  2. Cinta datang dengan 4 cara...cara yang paling baik adalah cinta dari Allah utk kita hambanya...
    Hti2 memilih cinta...untuk kesenangan hidup dunia akhirat...huhuhu...terer pulak makcik berceramah...ehehehe...

    BalasPadam
  3. cinta itu tidak pernah berubah.. hanya hati yang mengubah erti cinta. Hati kita merangsang minda untuk meneliti sebenar-benarnya erti cinta. P/S : Jagai & didiklah hati ini sebaik-baiknya sebelum menyelami erti cinta.

    BalasPadam
  4. cinta itu tidak pernah berubah.. hanya hati yang mengubah erti cinta. Hati kita merangsang minda untuk meneliti sebenar-benarnya erti cinta. P/S : Jagai & didiklah hati ini sebaik-baiknya sebelum menyelami erti cinta.

    BalasPadam
  5. cinta,,hadir mu amat kukgagumi menyinari alam yang kian menyepi..cinta,,pudarmu amat ku takuti meninggalkan jiwa menagih sepi..

    jangan pernah hilang mencintai ALLAH,RASULLULLAH,ISLAM,IBU BAPA..

    BalasPadam
  6. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. .yg penting keihklasan dalam mengerjakan suruhannya. ..

    BalasPadam
  7. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. .yg penting keihklasan dalam mengerjakan suruhannya. ..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai