( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

7 KEAJAIBAN DUNIA PURBA YANG ASAL

Hampir 3 hari  saya tak update blog kerana sibuk dengan tugasan thesis, harini baru ada kelapangan ckit. So arini saya nak kongsikan dengan anda fakta dan info yang sangat menarik. Selama ni kita sering mendengar mengenai 7 keajaiban dunia.  

 Buat pengetahuan anda ungkapan 7 keajaiban dunia telah diungkapkan pertama kalinya oleh Herodotus (Bapa sejarawan dunia) antara 484 dan 425 SM( sebelum Masihi). dan pada zaman purba dulu telah wujud monumen-monuem agung dan luarbiasa binaan dan dan keindahannya namun telah musnah. dibawah ni saya senaraikan 7 keajaiban dunia zaman kuno yang asli tersebut  ======>


• The Great Pyramid of Giza
Taman Tergantung Babylon
• Patung Zeus di Olympia
• Kuil Artemis di Ephesus
• Makam Maussollos
• Colossus Rodos
• Mercusuar Iskandariah


Tujuh Keajaiban Dunia Purba dari kiri ke kanan, atas ke bawah): Piramid Agung Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah


1)The Great Pyramid of Giza

Dari tujuh keajaiban dunia purba lampau yang asli, Piramid Agung Giza adalah satu-satunya masih tegak berdiri sehingga kiini. Piramid Giza ini turut dikenali sebagai piramid Khufu, dibina sekitar tahun 2560 SM dan dikatakan telah dibina sebagai makam untuk Firaun Khufu. Piramid ini mengambil masa lebih dari 20 tahun untuk dibina dan telah menjadi struktur tertinggi buatan manusia selama lebih dari 3500 tahun (146,6 meter). Dianggarkan  6 juta tan kubik bongkah batu diperlukan untuk membina piramid ini dan mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Bagaimana bongkah-bongkah batu ini dibawa menyusuri sungai Nil dan dipindahkan ke lokasi pembinaan masih kekal misteri. Awalnya, permukaan luar struktur dikatakan licin. Sejarawan menganggarkan bahawa sebanyak 200,000 pekerja mahir dan budak yang bekerja di lokasi pembinaan.


2)Taman Tergantung Babylon

Walaupun ada beberapa perdebatan tentang lokasi sebenar taman ini, ramai yang percaya bahawa taman ini terletak di Hilla Al atau kini Babil di Iraq. Kewujudan Hanging Gardens  ini pernah didokumentasikan oleh Strabo dan Diodorus Siculus, iaitu sejarawan terkenal Yunani. Taman ini telah dibina sekitar tahun 600 SM oleh Raja Nebuchednezar II untuk isterinya yang merindukan harum tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Menurut sejarawan Diodorus, ianya merupakan sebuah taman bertingkat dan setiap petak kebun adalah 100x100 kaki dan seakan teater.


3)Patung Berhala Zeus

Patung ini telah dibina sebagai menghormati dewa ini. dianggarkan ketinggian patung ini adalah 39 meter dan  digambarkan dibina dalam posisi duduk. Patung ini telah disimpan di dalam kuil Zeus dan selama berabad-abad orang dari seluruh dunia telah  datang melawat Olympia untuk melihat patung ini. P
atung ini telah  dipahat oleh pakar pembuat patung terkenal Greek iaitu Pheidias sekitar tahun 432 SM. Patung ini diperbuat daripada gangsa dengan  tatahan gading dan diselaputi dengan emas, kayu hitam dan batu mulia. Sebuah keterangan yang sangat terperinci tentang pembinaan patung ini dan  struktur binaannya  telah direkodkan oleh Pausanias seorang pengembara pada abad kedua. Berdasarkan keterangannya digambarkan patung Zeus iaitu ketua segala dewa Yunani memegang sebuah patung kecil Nike ( dewi Kemenangan) di tangan kanan dan tongkat yang ditakhta dengan emas di tangan kanan. Bagaimana dan bila patung  Zeus ini lenyap dan musnah telah menjadi 1 perdebatan. Beberapa catatan sejarah ada mencatatkan patung itu telah dibawa ke Constantinople( kini adalah Istanbul) di mana ia akhirnya hancur dalam kebakaran pada 475 M, sementara yang lain berpendapat bahawa patung ini musnah ketika kuil Zues dibakar pada tahun 425 M.


4)Kuil Artemies

Kuil atau Candi ini dibina di Efesus pada tahun 550 SM yang terletak sekitar 50 kilometer di selatan bandar pelabuhan kini Izmir di Turki. Juga dikenali sebagai bait Diana,  adalah kuil Yunani yang didedikasikan untuk Artemis iaitu Dewi Yunani yang dihormati. Dikatakan bahawa sebelum ini terdapat candi lain yang pernah dibina di tempat yang sama sekitar 800 BC, namun musnah akibat banjir dan sebagai gantinya kuil baru mula dibina sekitar 550 SM. Pembinaan candi ini diawasi oleh seorang arkitek bernama Chersiphron dan anaknya Metagenes. Candi ini menjadi daya tarikan pelancong dan dikunjungi oleh para pedagang, raja dan penyembah banyak yang melakukan tawaran barang-barang mereka dan emas untuk Artemis. Kuil ini telah musnah  pada  21 Julai, 356 SM. Dan tercatat bahawa kemusnahan kuil ini terjadi pada hari  Alexander the great dilahirkan.. Kuil ini dikatakan telah dibina semula setelah kematian Alexander, tetapi sekali lagi dihancurkan oleh Goth pada 262 SM. Saat ini, hanya serpihan candi sahaja yang masih wujud dan boleh dilihat.


5)Makam Maussollos

Maussollos adalah seorang raja kaya dari kerajaan kecil yang ibukotanya terletak di Halicarnussus. Menyukai kemegahan, ia bersama dengan isterinya Artemisia mula membina ibukota dengan bantuan arkitek terbaik dan pematung dari Yunani. Mereka menghabiskan sejumlah besar duit dari cukai negara untuk membina patung-patung indah , kuil dan bangunan marmar putih berkilau. Di pusat bandar, Artemisia merancang membina sebuah makam besar sebagai tempat istirehat terakhir bagi suaminya dan dirinya setelah kematian mereka. Makam ini telah dibina antara 353 dan 350 SM dan direka oleh arkitek terkenal  Yunani iaitu Satyros dan Pythis. saiz makam ini sekitar 45 meter dan disisi makam telah dipahat tulisan-tulisan relief yang sukar dibaca oleh pembuat patung Greek terkenal.  Struktur ini begitu indah dan unik sehingga menjadi salah satu dari tujuh keajaiban dunia yang asli. Malangnya sebelum kerja pembinaan makam diselesaikan, Maussollos meninggal, Tertekan oleh kehilangan suaminya, Artemisia meninggal dua tahun kemudian. bekas yang mengandungi abu mereka telah ditempatkan di dalam makam tersebut yang belum siap sepenuhnya. Menurut sejarawan, para pekerja telah memutuskan untuk terus menyiapkan kerja-kerja pembinaan makam walaupun selepas kematian Artemisia. Walaupun banyak pencerobohan terhadap Makam ini, namun makam ini bertahan dan terus wujud dan tidak rosak selama hampir 16 abad sehinggalah terjadinya 1 siri gempa bumi yang akhirnya menghancurkan makam ini sekitar tahun 1404 M.



6)Patung Raksasa Colossus Rodos

Colossus dari Rhodes adalah patung dewa Yunani Hilios dan dibina di pulau Yunani Rhodes antara 292 dan 280 oleh Chares dari Lindos. Ketinggian patung ini dianggarkan 30 meter tinggi dan dibina di pelabuhan. Patung ini dipasang pada dua tiang marmar putih yang masing-masing 15 meter tinggi. Struktur ini dibina dengan menggunakan batang besi waja. dikatakan bahawa banyak logam telah digunakan untuk membina patung itu dari pelbagai senjata yang ditinggalkan oleh tentera Demetrius ketika mereka berundur selepas gagal untuk menyerang kota Rhodes. Patung ini hanya sempat berdiri megah selama 56 tahun sebelum  Rhodes dilanda gempa bumi pada 226 SM. Patung ini dikatakan telah tumbang dan terbaring di tanah selama  800 tahun dengan hanya sedikit kerosakan kecil sahaja akibat gempa bumi. Namun pada 654 M, dipercayai Khalifah Muawiyah( Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah) dengan tentera islam telah menakluki kota ini.Patung tersebut telah diangkut dengan 900 ekor unta sebelum dileburkan.


7)Rumah Api Alexandria
Rumah api ini dibina di pulau Pharos, sebuah pulau kecil yang terletak di pantai Alexandria, Mesir. Kerana garis pantai Mesir sangat datar dan tanpa sebarang landmark yang menonjol, rumah api ini pada awalnya dibina sebagai mercu tanda yang menunjukkan lokasi pelabuhan untuk pelaut. Bertahun-tahun kemudian (sekitar abad ke-1), itu diubah menjadi sebuah rumah api oleh Rom. Bangunan itu berukuran sekitar 8,5 meter persegi di setiap sisi dan tingginya dianggarkan antara 115 hingga 135 meter. Ada catatan kuno yang menyebut rumah api ini boleh dilihat sejauh 35 batu nautika oleh pelaut.  Dinding rumah api ini telah dibina menggunakan timah yang bagi diperkuatkan untuk menahan hakisan yang akan merosakkan struktur rumah api ini. Rumah api ini  kekal bertahan selama berabad-abad sehingga kemusnahan teruk yang terjadi akibat  dua gempa bumi pada 1303 dan 1323.
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

15 ulasan:

  1. segi tiga bermuda x termasuk ea??? hehe...

    BalasPadam
  2. Cuma tinggal Piramid yang bertahan. Good info , thanks for sharing.

    BalasPadam
  3. Sy trtarik pulak first kumen ni, kalau ada yg bentgkan pasal segi tiga pun best jugak..

    BalasPadam
  4. eira : segitiga bermuda x masuk dlm 7 wonders because all the 7 wonders ( 7 keajaiban dunia) yang ini hasil dari ciptaan dan binaan manusia yang hebat.

    segitiga bermuda is a nature being and god creation not human creation. and that place tergolong dlm one of mysterius places in the world. keterangan lnjut about bermuda triangle boleh baca kat blog sy. saya ada publish entri mengenai segitiga bermuda PART 1 AND PART 2.

    BalasPadam
  5. oh ey?kite tak pnh tau... sedeh kan..wuuwuwuw~T_T

    BalasPadam
  6. salam..huda terjah sini...good entry and info untuk pengetahuan semua tentang sejarah lama...nice (^_____^)
    huda follow blog yer..


    http://hudahazwani.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. woowww ...
    sya memang minat bab2 sejarah , zaman dulu :)
    suke entry mcm nie :)keep it up :)

    BalasPadam
  8. huda : thanx visit blog sy . and sudi tngglkan komen kat sini :)

    aku que queen : sy pun minat jgak sejarah, so info yg sy ada sy share untuk smua . singgah la sllu ye blog ni

    BalasPadam
  9. тоа беше многу интересно да се прочита. Сакам да го цитирам твојот пост во мојот блог. Тоа може? А ти et сметка на Twitter?

    BalasPadam
  10. Highly rated post. I learn something completely new on totally different blogs everyday. Deciding on one . stimulating to read the paper content material from other writers and learn somewhat something from their website. I’d like to apply certain of this content material on my weblog you’re mind. Natually I’ll give a hyperlink here we're at your internet-site. Respect your sharing.

    BalasPadam
  11. semua tumbang akibat gempa bumi. best sejarah2 ni. if ada yg best. kongsi la lg ok.

    BalasPadam
  12. kat indonesia tu x termasuk 7 Wonders ke..?(borobudur)

    BalasPadam
  13. saya minat sejarah tntang worldwide

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian