9 RESTORAN TERPELIK DIDUNIA

9dah 3 hari xupdate blog, bz dgn exam. akhirnya final exam da settle,  so ada la byk masa nk update blog sllu. Untuk entri kali ni, sy nk kongsikan dengan anda semua, 9 restoran makanan yang pelik didunia. istilah pelik ini diberikan kerana konsep, tempat, dan jenis makanan yg dihidangkan direstoran tersebut lain daripada lain. jom terjah restoran apa yang pelik didunia.

9. Medical Restaurant (TAIPEI)


Restoran yang bertemakan perubatan, tongkat dihiaskan di dinding restoran, pelayan berpakaian seperti jururawat, dan minuman dihidangkan di dalam botol IV drip!

8. Condom Restaurant (THAILAND)


restoran ini terletak di Bangkok , Thailand. Disebut  sebagai restoran kondom, kerana segala aksesori ruangan dihias dari kondom yang berwarna warni. Hiasan di dinding, bunga, dan lampu gantung pun dibuat dari kondom warna warni. Sejumlah boneka setinggi manusia memakai pakaian yang diperbuat dari kondom. Uniknya lagi setelah makan, pengunjung akan diberi kondom.


7. Undersea Restaurant (MALDIVES)


Restoran di bawah laut pertama di dunia, terletak di Maldives. danlokasi restoiran ini  di bawah lautan Hindi. Anda pasti suka.. :)



6. Restaurant in a Prison (ITALY)


Restoran yang teletak di dalam sebuah penjara di Itali yang berusia 500 tahun. Pekerja-perkerja restoran adalah banduan penjara itu sendiri yang dikawal ketat oleh warden penjara. Restoran ini cukup terkenal sehingga tempahan meja dilakukan seminggu lebih awal.

5. Graveyard Restaurant (INDIA)


Restoran ini dibina di atas kubur dengan meja-meja diletakkan di antara 2 kubur

4. Dark Restaurant (CHINA)


Restoran yang dicat sepenuhnya dengan warna hitam dan gelap sepenuhnya. Pelanggan akan dibawa masuk ke dalam restoran dan makan dengan menggunakan night vision goggle.  Lampu, telefon bimbit dan benda berlampu dilarang dibawa masuk ke dalam restoran ini.

3. Restaurant in the Sky (BELGIUM)


Restoran yang boleh menampung sehingga 22 orang, terletak pada ketinggian 150 kaki di udara. Meja dan kerusi  diangkat oleh kren di mana bayaran boleh mencecah sehingga 8 ribu euro.

2. Toilet Restaurant ( TAIWAN ) 


Restoran yang berilhamkan tandas, dihiasi dengan rekaan-rekaan tandas. Pelanggan akan duduk di tepi meja yang diperbuat dari bathtub, kerusinya diperbuat seperti tandas, hidangan makanan juga diletakkan di dalam pinggan dan mangkuk berbentuk tandas.

1. Cannibalistic Restaurant ( JAPAN )


Restoran yang menghidangkan sushi di dalam badan manusia. Badan diperbuat daripada makanan dan diletakkan di atas meja bedah, seperti di dalam hospital. Pelanggan boleh "membedah" dimana sahaja mereka mahu dengan membedah badan itu dan memakan makanan di dalam badan itu.


p/s: pendapat peribadi, dlm 9 restoran terpelik yang tersenarai diatas tu yg mnjijikkan  restoran kondom, restoran tandas, dengan cannibalist restaurant. ada jugak orang bangang yang rela makan makanan yg dihidangkan dlm mangkuk jamban. isshh2.. 

8 ulasan:

  1. euw! hahaha..geli geleman tgk yg condom tu..tp best gak yg atas udara tu :)

    BalasPadam
  2. hish..x tergamak nk p bedah2 bdan org pas 2 makan! eiii... !! geli

    BalasPadam
  3. ohh tidak.. makan dalam badan manusia

    BalasPadam
  4. amani ske yg dalam laut tue...best betul dok tgok ikan..hehehehe..tapi banyangkan lah kalau dinding tu pecah...uissshh.....nauzubillah

    BalasPadam
  5. (-_-)'' lalu plak dorg makan. memang pelik. hohoho

    BalasPadam
  6. apa gila diorang ni? hahhaha.... yg tak leh belah kondom lak dia bagi.. then lagi satu tak gayat ke makan tmpt tggi? then last tu.. hahhaa dalam jamban? eeeyrrrrkkkk

    BalasPadam
  7. Kat Terengganu ada 1 restoran tak boleh cakap dengan pelanggan. Tengok signboard tu mesti gelak punyer. Hahaha...

    BalasPadam
  8. uish,,,gelinyer,mknn kt mgkuk tndas?,,,pelik2 jer manusia ni..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai