( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

Misteri Volkswagen Kuning

mungkin ramai antara anda semua pernah melihat volkswagen kuning yang menawan dijalan raya kan ? tapi apa yang saya nak kongsikan harini bukan lah volkswagen kuning the beattles yang menjadi kegilaan ramai. yang nk sy kongsikan hari ni tentang sebuah misteri  volkswagen kuning yang sering mengganggu kenderaan yang melalui lebuh raya utara selatan ( PLUS). kat bawah ni ada kisah misteri disebalik volkswagen kuning ni.. jom baca untuk santapan minda bersama  ==>




Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin kerap muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.


Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen kuning yang misteri ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.



p/s: so kalau korang melalui kawasan area Jelapang ni, hati-hati la ye.. kalau terserempak dengan kereta volkswagen kuning pada waktu malam, pasang la ayat Al-Quran ke kalau xde baca la ayat-ayat yang patut :) kalau korang ada pengalaman terserempak dengan volkswagen kuning ni boleh ler sharing ye, nnti boleh update lg entri ni :)
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

22 ulasan:

  1. waa,,,scary nye citer ni,,,takut jugak dengar,,,

    BalasPadam
  2. citer betul.. citer ni betul2 berlaku

    BalasPadam
  3. jelapang ipoh ke? setaw suzie van..citer vilkswagen ni br taw.thks sharing

    BalasPadam
  4. scary nya, meremang bulu roma..ngehehe :)

    BalasPadam
  5. xpa2... aku slalu lalu ikot ctu siang ja... lg slmt rsanya blik di siang hari.. heee...

    BalasPadam
  6. ~ouh~
    dalam mastika bukan ada citer ke??...
    kan
    ^^

    www.izzlatif.blogspot.com

    BalasPadam
  7. ni gambo kt tempt keje gue artu nie...hehehe

    BalasPadam
  8. saya ada pengalaman itu pada malam 19 dec 2010 jam 2:35 pagi saya sedang memandu dari utara ke selatan selepas terowong saya ada perasan ada sebuah cahaya yg terang datang.Tapi yg peliknya dia tak potong kereta saya dia hanya angkat spotlight tapi sya tak tahan dengan cahya terang sya pun terus memecut sampai 170km sambil turun bukit dengan menggunakan kereta Audi Q7 4.2 tapi takut giler memecut turun bukit tapi yg pelik kereta tu muncul semula lebih kurang 2 km sebelum plaza tol jelapang dan tetiba saja hilang apabila dekat plaza tol yg pelik tu apabila saya potong dia lebih kurang 1km plaza tol jelapang saya tengok belakang kereta volkswagen tu dah hilang... Yang paling pelik tu dari sya melepasi terowong sebuah kereta pun takde atas jalan .... itu lah pengalaman saya..

    BalasPadam
  9. sy tengah tonton cerita volkswagen kuning kat astro citra sekarang ni. mula2 ingat cerita ni sekadar rekaan. lepas perasan ada wartawan mastika dalam cerita tu, saya terus cari artikel pasal ni. then sy terjumpa blog ni. tak sangka ianya betul2 pernah berlaku

    BalasPadam
  10. @Hazwan
    yeke bro, tp yang agak pelik tu biar betul bro pecut smpai 170km sejam. hurmm..

    BalasPadam
  11. pelik ke pecut 170kn sejam?

    BalasPadam
  12. kereta nie minggu lepas de kt muzium shah alam..

    BalasPadam
  13. @redzuan

    ko jgn percaya sangat hazwan tu...macam xbetul jer..tgk blog dia pon cam pelik jer..hahaha

    BalasPadam
  14. tgk le cerita karak terbitan KRU tu

    BalasPadam
  15. atok aku ade keta ni..warna kuning jugak. penah skali tu aku ngan sepupu naik kena ni masuk highway jelapang..pastu kome tau2 je lakan ape yg jadi bile kita org potong keta yg bawak slow..hahaha. tak yah cite panjang2, cukup la skadar disini saja..hehe

    BalasPadam
  16. saya ada jumpe jugak....x da pemandu...tp ada gurl blakang..tudung putih..ada mata stim.....usya panas... rasa pelik jugak...tapi moto sy x laju.... so bley cocok angin kereta kuning tu.....cocok2..pastu x dapat cocok kerana kereta tu laju tinggal sy yg perlahan nie....sedar2...ada sebijik kereta ape xah kemalangan.....kemunkinan jalan licin kot....atau kereta kuning tu cocok2 kereta kemalangan tu...x dapat kereta tue break....sian2..(maaf cerita x gempak la..)

    BalasPadam
  17. kawan mak sy pun pernah nampak ada gurl kat belakang tp dia ckp kete tu bukan warna kuning tp warna susu cair, jumpa tengah hari plak tu

    BalasPadam
  18. sy nk share gak lah..tp bukan pasal sy..kawan sy yg baru lepas kemalangan bulan lepas..skang dia kat spital manjung..kemalangan teruk selepas melalui terowong ipoh menghala ke kl..lebih kurang pukul 2 pagi selepasbalik bercutidr penang..ape yg dia ingat cuma volkswagon kuning..masa tu dah lewat, gf pon dah tlena dlm kete..dia drive sorang2..masa melalui terowong tu ada sebijik volkswagon kuning potong dia..dia buat dekk je..lepas je terowong,volkswagon slow pulak kat line sebelah kanan..dia pon bantai potong ikut lorong kiri smbil menjeling ke arah pemandu vw tu..tp x nmpak driver..tp kat seat blakang ada pompuan..lepas tu dia ckp automatik mata dia terus blank, gelap walaupon dia cuba utk lawan blank tu..sedar2 kat spital manjung..dia ngan gf patah kaki kiri, gigi depan hancur ngan penuh luka2 kat badan.so sape2 nk lalu jln tu mlm2 ingat2 la ek.ayat kursi jgn lupe.sekian.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian