20 FAKTA UNIK DIDUNIA YANG PERLU ANDA TAHU

untuk entri kali ni sy nak kongsikan dengan anda semua beberapa fakta unik didunia yang  perlu anda tahu, sbnrnya byk lagi fakta-fakta unik lain didunia, so saya just pilih 20 fakta yang saya rasa menarik untuk perkongsian minda bersama. so kat bawah ni saya senaraikan 20 fakta menarik didunia, ada antaranya saya pun xtau sebelum sy cari and search tentang fakta dibawah ni. huhuhu.. so hope anda enjoy baca entri kali ni :) 



*Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

*Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune. 

*Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

*Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

*Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

*kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

*Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km !!! 

*Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

*Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

*Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

*Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

*Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 

*Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

*Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

*Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

*Ikan emas satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

*Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah

*Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

*Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

*Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.



p/s: kalau anda semua ada info fakta lain yang lebih menarik boleh ler sharing, dan entri ni boleh diupate dengan fakta lain, so jgn lupa tinggalkan komen supaya penulis blog ni akan rasa dihargai dengan post yang disharing ni :)

5 ulasan:

  1. menarik ur info,,,,keep it up,,,
    :)

    BalasPadam
  2. kalau ada fakata menarik yang lain boleh ler sharing ye. nnti boleh sy update entri tmbah fakta unik lain :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...baru terjumpa blog yg penuh ngn ilmu..thks

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..baru terjumpa blog yg penuh info ni.thx

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai