KISAH SEBENAR DISEBALIK APRIL FOOL DAY

KISAH SEBENAR DISEBALIK APRIL FOOL DAY 

Salam sejahtera dan salam pembuka kata. Untuk post kali ini, sy ingin berkongsikan 1 post menarik dan wajib kita tahu mengenai April Fool Day. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita majoritinya anak muda islam kita begitu taksub dengan budaya jahil ini. Namun tahukah anda, disebalik kegilaan kita meraikan April Fool's Day tersingkap peristiwa tragis dan berdarah yang menimpa saudara seislam kita.

Sambutan  April Fool yang diraikan kita  setiap tahun sebenarnya adalah 1 propaganda hina bangsa kafir ini sebagai mmperingati kejayaan mereka membunuh puluhan ribuan nyawa saudara islam kita yang telah ditipu semata2 untuk mendaptakan perlindungan mereka setelah keruntuhan kerajaan islam di Sepanyol yang kerana ditakluk oleh tentera Kristian.

April Fool's Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka telah membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Mudah-mudahan dengan perkongsian mengenai fakta sebenar April Fool Day ini akan menyedarkan kita semua.diharapkan anda akan berkongsi kepada rakan, sahabat taulan untuk renungan bersama.

Rujukan : Petikan drpd Risalah Fikrah

8 ulasan:

  1. subahanallah..hrap2 sume akn amik iktbar mllui entri ni..

    BalasPadam
  2. Mungkin mereka tidak tahu mengenai sejarah disebalik April Fool

    BalasPadam
  3. SAYA MINTA SHARE DI BLOG SY K

    BalasPadam
  4. ya ALLAH... marilah same2x amik iktibar...

    BalasPadam
  5. yang peliknya kenapa April Foll x diceritakan kisah sebenarnya di TV-tv malaysia teruntamanya dalam berita. TV3 contohnya menyiarkan berita sambutan april foll di amerika iaitu donald trump membotakkan kepala ahli gusti sapa ntah.. entah2 TV3 pon ditaja oleh yahudi sbb AJL dlu bertemakan freemanson.. hati2 wahai umat Islamku di msia. kita jgn percaya sgt berita2 di TV. semua berita dari sumber barat..

    BalasPadam
  6. Pencinta Kebenaran23 Mei 2014 10:09 PTG

    bgilah copy n paste.. nnty dpt saham kt akhirat klau disebarkan :D
    btw, artikel nih sgt bagus utk bgi kesedaran...
    I think other people must know about this...
    why? it is about our religion!

    BalasPadam
  7. mana bukti dia??ada tak??ni main lepas je cakap..kalau betul kenapa tak ada disiarkan dalam siaran TV islam???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko bkan islam bole la citer...bodo

      Padam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai